suria

Letih ‘cover’ rakan hamil kerap MC, nak mengadu risau dicop ‘tak memahami’... Sudahnya kerja sendiri tertangguh

Tidak mudah untuk wanita hamil yang bekerjaya menempuh fasa alahan sehingga ada kalanya menjejaskan prestasi. -Gambar hiasan

DALAM dunia pekerjaan, bukan semua cabaran datang daripada tugas hakiki yang dipikul. 

Kadang-kadang, perkara yang lebih mencabar adalah situasi sekeliling sama ada daripada rakan sekerja ataupun majikan.

Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang wanita berkongsi rasa terkilan kerana terpaksa menanggung beban menyiapkan tugasan rakan sekerja yang kerap mengambil cuti sakit gara-gara alahan hamil.

Group of young Asian women working on small business startup at office online marketing shopping and packaging delivery. two female freelance teamwork concept. pregnant lady employee using laptop pc.

Kehamilan sering disertai dengan cabaran seperti alahan dan ketidakselesaan fizikal, yang boleh menjejaskan keupayaan untuk bekerja seperti biasa. -Gambar hiasan

"Berdosakah aku bila tak ada common sense dengan orang pregnant? Al-kisahnya, partner pregnant dan selalu MC (cuti sakit).

"Aku kena cover kerja dia. Kerja dia settle, tapi kerja aku dah tertangguh," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Menurutnya, tugasan yang sepatutnya dilakukan oleh rakan sekerja itu adalah kerja-kerja yang perlu diselesaikan segera pada hari berkenaan.

"Sebab (itu) saya tiada pilihan," ujarnya.

Bukan tidak bersimpati atau memahami situasi wanita yang mengalami alahan mengandung, namun ujarnya, rasa terbeban itu tetap muncul apabila tanggungjawab semakin bertambah sedangkan dia sendiri mempunyai masa dan tenaga yang terhad. 

ARTIKEL BERKAITAN: Semua jenis cuti dah guna, wanita tak puas hati ditegur majikan… ‘Koyak’ diminta fikir kebajikan rakan sekerja

ARTIKEL BERKAITAN: Hari cuti pun kena kacau! Petugas klinik naik meluat layan kawan ‘kaki MC’, sibuk nak tahu giliran doktor bertugas

"Nak dimarahkan tapi dah memang penyakit orang pregnant. Mana lagi sabar aku nak cari. Macam mana ni?" kongsinya lagi. 

Luahan jujur wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya. 

Ada yang bersetuju dan merasakan ia satu realiti pahit yang jarang dibincangkan secara terbuka sedangkan ia jelas satu bentuk ketikdakadilan kepada rakan sekerja lain.

  • Seorang wanita meluahkan rasa terbeban kerana terpaksa siapkan kerja rakan yang kerap MC akibat alahan mengandung.

  • Kerjanya sendiri tertangguh kerana perlu utamakan tugasan rakan yang lebih mendesak.

  • Luahannya mendapat reaksi bercampur, dengan ada yang setuju dan simpati, namun ada juga yang anggap dia tak sensitif.

  • Ramai saran dia utamakan kerja sendiri dahulu dan suarakan kepada pihak atasan mengenai pembahagian kerja. 

  • Segelintir netizen pula menasihatkan agar dia lebih memahami keadaan ibu mengandung dan bersikap ihsan.

Justeru mereka rata-ratanya menyarankan supaya wanita berkenaan menyiapkan tugasan sendiri terlebih dahulu sebelum membantu menyiapkan tugasan rakannya. 

"Letak priority siapkan kerja sendiri dulu. Nama pun cover bukan hand over terus nak kena buat semua.

"Awak marah bukan sebab dia pregnant tapi sebab layanan yang tidak adil. Bayar sama tapi kita kena buat kerja lebih. Awak tak salah nak rasa begitu, yang salah bos awak.

"Pernah berada dalam situasi ni. Tahun seterusnya, kenaikan dia lagi tinggi daripada aku sebab prestasi dia makin bagus selepas bersalin. Menung aku kejap," antara komen netizen. 

Netizen tampil dengan reaksi yang pelbagai. 

Sementara itu, ada segelintir netizen lain menyifatkan wanita berkenaan tidak sensitif terhadap cabaran ibu hamil dan berharap dia akan merasai situasi yang sama pada masa akan datang.

"Kena mengandung dulu baru tahu macam mana sakitnya alahan mengandung ni. 

"Cuba memahami keadaan. Jangan tak ada ihsan pada yang betul ada alahan mengandung ni," demikian antara komen mereka. 

Artikel Lain