PERKONGSIAN seorang lelaki mengenai pengalaman bekerja sebagai pembantu peribadi (PA) kepada seorang majikan bukan Muslim dengan pendapatan sekitar RM6,000 hingga RM10,000 sebulan menarik perhatian warganet.
Enggan mendedahkan identiti, dia yang fasih berbahasa Cina turut mendedahkan sisi gelap kehidupannya sepanjang tempoh berkhidmat.
"Kerja dengan dia ni, mostly banyak minum, makan 'non-halal', hidup mewah. Makan katak sudah, apa je tak bedal? Semua dah bedal sebab kebanyakan client boss adalah daripada China dan Taiwan.

Doa merupakan senjata orang mukmin. -Gambar hiasan
"Makanan hotel semua ditaja, elaun lagilah. Aku ni boleh dipercayai, sebab aku amanah. RM5 aku jumpa dalam kereta pun, aku bagitahu bos.
"Aku rajin kerja dan selalu looking forward macam mana nak naikkan pendapatan syarikat, aku ni lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)," ujarnya di Thread.
Meskipun terbuai dengan kemewahan dan kesenangan, namun sebagai penganut Islam, dia sedar mempunyai tanggungjawab dan kewajipan terhadap agama.
ARTIKEL BERKAITAN: Kerja senang, ‘gaji’ tinggi! Pelajar raih 50K, hidup mewah selepas tawar servis jadi ‘BF online’ - “Di kolej saya ramai peminat”
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gaji 45k dedah grup T20 tak suka menonjol, tak ajak orang jadi kaya- “Jangan tertipu dengan media sosial boleh?”
Justeru dia membuat keputusan untuk meletakkan jawatan kerana mahu berubah menjadi individu lebih baik selepas berkahwin
"Selepas menikah, aku mula solat, auto empat waktu sebab subuh tu kadang-kadang terlajak.
"Tapi memasuki usia setahun pernikahan, hutang menimbun, minta kerja tapi satu pun tak berkenan," luahnya sayu.
- Lelaki Melayu jadi PA bos bukan Muslim, gaji RM6–RM10, hidup mewah.
- Kekal amanah walau terdedah gaya hidup tak halal.
- Berhenti kerja lepas kahwin untuk berubah.
- Hidup susah, bos lama mahu dia kembali.
- Dilema antara mewah berdosa atau susah tanpa dosa.
Lebih menambah rasa hiba apabila mentuanya mula menunjukkan rasa tidak suka akan dirinya sedangkan sebelum berkahwin dialah yang banyak membantu keluarga isteri.
Kehidupan yang dilalui mula terasa susah dan sempit sehingga membuatkan dia ingin kembali bekerja sebagai PA.
Tambahan pula, bekas majikan kerap menghubunginya kerana mahukan seorang pekerja yang amanah seperti mana dirinya.

Antara reaksi warga maya.
"Bos pun selalu WhatsApp aku sebab semua orang lepas diupah tak jujur dan amanah, ada je masalah timbul.
"Setiap hari aku doa untuk kuatkan iman, diluaskan rezeki tapi masih belum sampai rezeki tu.
"Hati ni berbelah bahagi, sama ada hidup 'sedap' dalam dosa atau hidup derita dalam bebas dosa," katanya lagi.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen dengan ramai bersimpati dengan nasibnya.
"Sebagai PA, awak mesti tahu jenis bisnes dia kan? Jika tak halal, saya rasa berpatah balik bukan keputusan yang tepat.
"Kalau awak praktis Islam, mesti bos Cina tu lagi sayang, dia tak faham tentang Islam jadi dia tak tahu apa yang awak boleh buat dan tak boleh buat.
"Saya tumpang sebak, rasa Allah sayang encik, ditiupkan rasa bersalah dan ingin berubah, lama-lama saya rasa bos encik akan perasan perubahan ni," demikian antara reaksi warga maya.


