suria

Ramai ambil remeh kepentingan servis kereta tepat masa, hadap 5 risiko ini kalau 'sayang' duit

Servis kereta perlulah dilakukan secara berkala. -Gambar hiasan AI

SETIAP pemilik kenderaan pasti tahu kepentingan melakukan servis kereta secara berkala tetapi masih ada yang menangguhkannya.

Ada disebabkan terlalu sibuk dengan urusan harian hingga terlupa membuat tempahan servis selain tidak mempunyai wang mencukupi.

Menangguhkan servis kereta sebenarnya boleh memberi kesan jangka panjang kepada keadaan kenderaan tanpa disedari.

Serevis yang sepatutnya dilakukan tepat pada waktu bukan sekadar rutin tetapi pelaburan untuk mengelakkan kerosakan lebih besar di masa depan.

Berikut merupakan kesan-kesan yang boleh berlaku jika servis kereta ditangguhkan.

The Johor stretch of the North-South Expressway currently operates with two lanes each way, causing frequent traffic congestion even on weekdays and non-peak periods. — THOMAS YONG/The Star

Kereta berisiko rosak jika ia tidak diselenggara pada waktu yang ditetapkan. -Gambar hiasan

1. Kehausan enjin

Menangguhkan penukaran minyak enjin, yang merupakan asas utama penyelenggaraan kereta, boleh menyebabkan minyak lama dipenuhi kotoran. Ini meningkatkan geseran, mempercepatkan kehausan, dan berpotensi merosakkan komponen enjin.

2. Kecekapan bahan api menurun

Enjin yang diselenggara dengan baik berfungsi dengan lebih efisien. Jika servis berkala seperti penukaran penapis udara dan pembersihan sistem bahan api diabaikan, penggunaan minyak akan menjadi lebih tinggi.

3. Masalah sistem brek

Menangguhkan pemeriksaan dan penukaran brek boleh menjejaskan keselamatan kenderaan. Pad brek yang haus dan minyak brek yang merosot boleh meningkatkan risiko kemalangan.

4. Masalah transmisi

Minyak transmisi sangat penting untuk pertukaran gear yang lancar dan kesihatan sistem transmisi. Jika tidak ditukar secara berkala, ia boleh menjadi panas, pertukaran gear tidak stabil, dan kegagalan transmisi.

5. Kos pembaikan yang tinggi

Kereta yang tidak diservis secara berkala lebih berisiko mengalami kerosakan besar. Kos membaiki atau mengganti komponen utama akan menjadi jauh lebih mahal berbanding kos servis biasa.

Artikel Lain