suria

[V] Rupanya selama ini buat salah! Doktor dedah tabiat bancuh susu formula yang sebabkan bayi kembung perut dan jeluak

Dr Fahmi menunjukkan cara betul membacuh susu formula. -Gambar hiasan AI (kanan)

BAGI kebanyakan ibu bapa, menggoncang botol susu bayi dianggap cara paling mudah dan cepat untuk melarutkan susu formula.

Namun, tabiat ini sebenarnya kurang sesuai dan boleh memberi kesan kepada si kecil jika dilakukan secara berlebihan.

Menurut seorang doktor gigi yang juga banyak berkongsi ilmu penjagaan bayi, Dr Fahmi, teknik menyediakan susu formula dengan betul sangat penting bagi mengelakkan bayi mengalami ketidakselesaan selepas menyusu.

Dr Fahmi turut menjelaskan, botol susu tidak digalakkan untuk digoncang kuat dari atas ke bawah semata-mata untuk melarutkan susu formula.

Sebaliknya, teknik yang betul adalah dengan memusingkan botol secara perlahan atau 'swirl' supaya serbuk susu larut dengan lebih baik tanpa menghasilkan terlalu banyak buih atau gelembung udara.

Untuk ilustrasi dan penjelasan yang lebih mudah difahami, anda boleh menonton video [Tonton video] yang dikongsikan.

Katanya, air susu akan menghasilkan banyak gelembung udara sehingga susu menjadi berbuih atau foamy apabila botol digoncang kuat.

Keadaan ini menyebabkan susu bercampur dengan lebih banyak udara atau bersifat berudara, sekali gus meningkatkan risiko bayi menelan angin ketika menyusu.

Akibatnya, bayi lebih mudah mengalami perut kembung, jeluak dan juga sedu selepas minum susu.

Selain itu, Dr Fahmi turut mengingatkan ibu bapa supaya memastikan sukatan air ditentukan terlebih dahulu sebelum memasukkan serbuk susu formula.

Langkah ini penting bagi memastikan kandungan air mencukupi dan tidak menjejaskan kepekatan susu yang boleh menyebabkan bayi mengalami masalah sembelit.

Artikel Lain