suria

“Ayah manusia paling saya benci!” - Anak dah tak tahan tengok ibu menderita, bertahun jadi hamba bapa pemalas dan baran

Setiap anak pasti ingin melihat ibunya hidup bahagia hingga akhir hayat. -Gambar hiasan AI

MENJADI saksi penderitaan insan tersayang terperangkap dalam perkahwinan toksik membuatkan wanita ini berazam membela nasib ibunya.

Tambahan pula ibunya sudah menginjak usia emas tetapi masih lagi terbeban dengan hal rumah tangga disebabkan sikap suami tidak bertanggungjawab.

Berkongsi situasi yang berlaku, adu wanita ini, ibunya pernah melarikan diri kerana tidak tahan hidup bersama bapanya.

"Ayah saya kena tinggal dengan mak semasa umur dia 60 tahun dan dia pernah minta saya singgah rumah supaya dapat ajar dia cara guna mesin basuh.

Memiliki kediaman sendiri merupakan impian setiap insan. -Gambar hiasan AI

Memiliki kediaman sendiri merupakan impian setiap insan. -Gambar hiasan AI

"Mak saya jadi hamba sebab ayah tak tahu langsung apa-apa dan lepas berbulan mak lari, ayah nampak semakin baik sampai solat tak tinggal," luahnya di Threads.

Tidak hanya itu, ayahnya juga sudah pandai berdikari termasuk rajin mengemas rumah sepanjang ketiadaan ibunya.

Perubahan yang berlaku itu membuatkan ibunya memberi peluang kedua selepas dipujuk.

Namun malangnya, selepas kembali bersama, ayahnya kembali kepada sikap lama malah bertambah teruk. 

  • Wanita sedih lihat ibu terseksa dalam perkahwinan toksik.
  • Ayah berubah baik sekejap selepas ibu lari dari rumah.
  • Ibu beri peluang kedua tapi suami kembali malas dan baran.
  • Wanita nekad bawa ibu tinggal bersama di rumah baharu.
  • Netizen sokong, minta selamatkan ibu demi usia tua tenang.

"Lepas sebulan je mak balik rumah, ayah terus jadi balik perangai malas, baran dan biawak hidup sampaikan sampah dah berulat pun tidak dibuang sebab tunggu mak balik kerja pukul 6 petang.

"Seharian tu ayah duduk depan televisyen tengok Netflix tapi lepas nampak bayang mak masuk rumah, terus dia minta buatkan air panas," tambahnya yang sayu melihat ibunya diperhambakan.

Enggan melihat ibunya terus menderita dan tersiksa, wanita ini nekad untuk membawa insan tersayang itu tinggal bersama.

Malah dia mengakui berada dalam fasa membeli kediaman sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Apa hukum ayah tak bantu walau mampu?” - Gadis sedih bapa berkira soal duit, lepas tangan urusan kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin muda nak lari dari famili bermasalah, suami pula curang! Wanita akur balik semula ke rumah mak ayah toksik

"Saya dah beli rumah untuk keluarkan mak dari ayah yang tak berguna tu. Saya memang tak akan bawa ayah duduk sekali sebab dia manusia paling saya benci," adunya.

Menurut wanita ini, bapanya gagal melindungi dirinya daripada jenayah seksual meskipun telah dimaklumkan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan menyokong tindakan wanita tersebut untuk menyelamatkan ibunya demi sisa-sisa usia yang lebih tenang.

"Kalau dari muda perangai macam tu, sampai ke tua dia tak akan berubah.

"Semoga kuat dik, tak perlu tunggu rumah. Cari bilik sewa master bedroom pun dah okay untuk tinggal berdua dengan mak," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain