SETIAP perkahwinan tidak sentiasa melalui detik bahagia tetapi disulami dengan pelbagai cabaran yang menguji kesabaran.Namun bagi wanita ini, bahagia yang diimpikan bertukar derita apabila perkahwinan dengan suami yang juga seorang duda berakhir penceraian tidak sampai setahun mendirikan rumah tangga. Jelasnya, mereka berkahwin pada Mei 2025 namun masalah mula timbul hanya selepas seminggu hidup sebagai suami isteri."Seminggu selepas bernikah ibu saudara bekas suami minta aku bayar duit mengasuh dua anak tiri sebanyak RM800.Bukan semua wanita sanggup membesarkan anak tiri. -Gambar hiasan AI"Disebabkan bekas suami tiada duit nak bayar, aku bagi dia pinjam wang mas kahwin yang diberikan RM1,000," kongsinya.Masalah tidak berakhir di situ sebaliknya menjadi lebih keruh apabila suaminya kantoi berhubung dengan perempuan lain melalui aplikasi sembang sebulan selepas berkahwin.Apa membuatkan dia lebih terluka, lelaki itu tergamak mengasarinya kerana bengang perbuatannya dihidu sang isteri.ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga tak restu janda kahwin duda anak 4, anggap ‘red flag’ sebab baik dengan bekas isteri - “Saya rasa dia gentleman”ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri ‘meroyan’ takut duda ada girlfriend, rimas asyik kena tuduh lupakan anak"Dia kantoi mesej dekat MiChat tanya pasal harga servis urut B2B. Padahal masa itu dia tengah makan tengah hari lauk aku masak."Dia bengang sebab kantoi, dia tolak aku dua kali," katanya.Empat bulan kemudian, kenderaan milik lelaki itu pula ditarik pihak bank akibat tertunggak dan sekali lagi dia jadi 'penyelamat' menyelesaikan masalah.Wanita berkongsi kisah rumah tangga yang berakhir kurang setahun.Dia terpaksa membantu kewangan suami termasuk meminjamkan wang mas kahwin.Konflik memuncak apabila suaminya kantoi berhubung dengan wanita lain melalui aplikasi sembang.Wanita itu turut menggadaikan emas bagi membantu menyelesaikan masalah kewangan suami.Selepas bercerai, bekas suami didakwa masih berhutang RM6,750 dan memutuskan komunikasi.Ringkasan ini dijana oleh AI"Abang dia hasut suruh pujuk aku gadai emas untuk bayar kereta dan aku turutkan. Makan minum dia pun aku tanggung," katanya.Mereka bagaimanapun bercerai namun lelaki itu masih gagal melunaskan hutang sebanyak RM6,750 kepadanya."Sampai dah habis idah pun dia tak bayar sesen pun, siap sekat aku dekat WhatsApp."Aku setuju berkahwin dengan dia sebab kesian dekat anak-anak dia yang masih kecil tapi dia scam aku," katanya.