IKATAN perkahwinan yang berakhir dengan penceraian tidak benar-benar berakhir apatah lagi jika mereka mempunyai zuriat bersama.Anak-anak akan menjadi jambatan penghubung di antara bekas pasangan termasuk soal kebajikan, nafkah selain memastikan mereka dapat menjalani kehidupan seimbang walaupun ibu bapa sudah bercerai. Namun lain pula kisahnya bagi seorang lelaki ini yang rimas dengan sikap bekas isterinya yang seolah-oleh cuba mengawal kehidupan peribadinya.Malah bekas isterinya bimbang jika dia mempunyai teman wanita baharu kerana risau dia culas memberi nafkah kepada anak mereka.Setiap orang layak memulakan kehidupan baharu dengan orang lain selepas berpisah dengan pasangan. -Gambar hiasan AI"Bekas isteri takut betul aku ada girlfriend. Aku faham dia risau aku culas nafkah anak. Buat masa ni memang tak terdetik lagi nak cari lain. "Hati ini dah tertutup rapat. Selagi tak kaya, aku tak akan cari pasangan. Apa-apa (utamakan) anak dulu," kongsinya di Threads.Apa lebih mengelirukan, bekas isterinya juga sudah bertemu jodoh dengan suami baharu dan tidak memahami mengapa wanita itu obses dengan kehidupan peribadinya."Bekas isteri bekerja satu tempat dengan suami dia. Saya sudah 'move on' dan reda dengan dia sudah lama.ARTIKEL BERKAITAN: Makan hati nikah duda! Bekas isteri suami asyik menempel dengan famili mentua, ‘try hard’ jadi menantu kesayanganARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tak ‘move on’, serang bekas isteri dan suami baharu guna golok!"Cuma berhubung sekarang bab anak je. Ada masa dia cakap lebih-lebih, malas layan."Dia terlalu takut (pengadu ada pasangan baharu). Sebelum ni banyak kali dia tanya sudah ada kekasih baharu ke. Dia mesej meroyan ke apa, saya balas okay je," ujar lelaki itu lagi.Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang faham akan punca kepada kebimbangan wanita itu.Rata-ratanya berpendapat wanita itu rasa takut bekas suami mengabaikan tanggungjawab terhadap anak apabila mempunyai pasangan baharu.Seorang duda rimas bekas isteri kerap tanya soal teman wanita baharu.Dia faham bekas isteri risau soal nafkah anak.Namun buat masa ini, fokusnya hanya pada anak dan belum terfikir cari pengganti.Dia terkilan kerana enam tahun bersama pun bekas isteri masih tak faham pendiriannya.Netizen berpendapat dia berhak teruskan hidup selagi tanggungjawab terhadap anak dijaga.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dia takut bila kau dah ada girlfriend, sudah tentu kau dah tak peduli lagi tentang anak."Dah cerai pun nak kawal kehidupan bekas suami. Suka hati lah nak ada girlfriend pun. Mungkin dia takut teman wanita kikis habis duit sampai bekas suami tak dapat bagi nafkah anak."Jangan layan, nanti kantoi dekat suami dia, dia salahkan awak sebab melayan."Pergilah bercinta dengan siapa-siapa, tak perlu persetujuan daripada dia. Kahwinlah bila sedia, awak berhak bahagia," komen beberapa netizen.