Hubungan suami isteri boleh menjadi buruk sekiranya ada campur tangan orang ketiga. -Gambar hiasan AI
SEORANG lelaki meluahkan rasa buntu apabila isterinya yang sedang hamil kerap merajuk dan cemburu membabi buta.Menurut lelaki itu dalam perkongsiannya di Threads, dia dan isteri baru mendirikan rumah tangga kira-kira tujuh bulan lalu. Namun sejak kebelakangan ini, emosi isterinya semakin sensitif lebih-lebih lagi apabila membabitkan kisah silamnya bersama bekas teman wanita."Dia selalu cemburu dengan bekas kekasih aku. Famili aku memang rapat dengan ex girlfriend aku tu sebab dulu kami bercinta selama lapan tahun.Suami perlu tahu menjaga perasaan isteri ketika hamil. -Gambar hiasan AI"Sekarang aku dengan dia memang sudah tidak berhubung langsung. Isteri aku pun tahu. Tapi kakak-kakak ipar memang rapat sangat dengan ex aku tu."Sampai sekarang mereka masih keluar berjalan sama-sama. Bekas kekasih aku pun dah kahwin bulan Januari lalu... aku dengan dia memang tak berhubung," jelas lelaki itu.Namun keadaan itu menyebabkan isterinya berasa tersisih dan cemburu, apatah lagi dalam keadaan sedang berbadan dua.ARTIKEL BERKAITAN: Mak sekadar nasihat usah bazir bersalin hospital swasta, wanita sarat hamil terus naik angin... Tuduh cemburu anak dapat suami kayaARTIKEL BERKAITAN: Isteri hamil, suami alahan rupanya berlaku seluruh dunia... Cemburu salah satu daripada 4 punca - Teori pakar"Dia cemburu sebab lepas kahwin, kami memang pindah jauh daripada famili atas urusan kerja. Aku dan isteri satu tempat kerja. Jadi dia belum rapat dengan famili aku sangat."Kakak-kakak ipar dengan bekas kekasih aku tu pula memang tinggal berdekatan je jadi selalu keluar bersama menyebabkan dia cemburu, lagi-lagi masa mengandung ni," jelasnya lagi.Luahan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersimpati dengan si isteri dan menasihati lelaki berkenaan."Kesian isteri tu. Apabila kakak-kakak ipar awak dah ada pilihan dalam hati mereka, orang baharu memang makin susahlah nak masuk dalam keluarga. Asyik kena banding je."Penyelesaian dia, tegur la famili tu. Cakap je terus terang. Perasaan cemburu isteri tu valid, patut je dia rasa macam tu. Nak keluar bersama boleh tapi jangan la post gambar.Suami buntu apabila isteri hamil kerap merajuk dan cemburu dengan bekas kekasihnya.Walaupun sudah tiada hubungan, birasnya masih rapat dan sering keluar bersama wanita itu.Isteri berasa tersisih kerana belum sempat rapat dengan keluarga mentua.Suami sudah menegur keluarga, namun perubahan hanya sementara.Netizen anggap perasaan isteri wajar dan minta suami lebih tegas.Ringkasan ini dijana oleh AI"Simpan sendiri je gambar tu dan jangan bagitahu mereka berjumpa, kesian dekat isteri tu," komen beberapa netizen.Lelaki berkenaan memaklumkan dia sudah beberapa kali menegur ahli keluarga termasuk meminta bantuan abang-abangnya untuk menasihati isteri masing-masing.Namun katanya, perubahan yang berlaku hanya sementara sebelum keadaan kembali seperti biasa.“Saya dah banyak kali tegur sampai bergaduh dengan famili sendiri. Saya sudah banyak kali balik Kuala Lumpur sebab nak rapatkan isteri dengan famili."Yang selalu post gambar tu memang bekas kekasih. Masalahnya kakak-kakak ipar saya ni pergi repost semula. Saya sudah tegur, siap suruh abang-abang tegur juga," jelasnya lagi.