TINDAKAN seorang wanita yang sedang hamil anak kelima memohon bantuan barangan bayi disebabkan kesempitan hidup gagal meraih simpati orang ramai.Hasrat mencari simpati bertukar medan 'kuliah' apabila seorang individu tampil memberikan teguran secara terbuka dan tegas terhadapnya. Bukan tidak simpati dengan nasib menimpanya, tetapi sedih mengenangkan nasib anak-anaknya terpaksa dibesarkan dalam serba kekurangan.Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza mengenai kehidupan berkeluarga. -Gambar hiasan AI"Lepas ni jangan beranak lagi dah tau. Faham benda sedap kan? Tapi anak-anak tu amanah. Sampai meminta macam ini maknanya tak patut beranak dah."Kesian anak-anak. Apa lah nasib mereka. Tak kesian dekat diri sendiri tak mengapa, tapi kesian la pada anak-anak," katanya.Wanita itu turut menasihatkan supaya ibu tersebut mendapatkan rundingan tentang perancang keluarga yang disediakan di klinik kesihatan (KK) bagi mengelakkan situasi sama berulang.ARTIKEL BERKAITAN: Tiada MySara anak tak minum susu, tak pakai lampin? Wanita minta golongan gaji rendah rancang keluarga, jangan banyak alasanARTIKEL BERKAITAN: Individu ada 16 beradik saran golongan B40 hadkan 2 zuriat, ibu bapa pun lebih waktu berkualiti tengok anak membesar"Anak-anak tak minta untuk dilahirkan. Kita yang buat. Minta kondom kat KK, berlambak stok mereka ada," katanya.Sebelum itu, ibu berkenaan memaklumkan dirinya kini hamil 33 minggu empat hari namun masih belum mempunyai sebarang persiapan kelahiran. Menurutnya, pakaian lama anak-anak sudah rosak dimakan anai-anai, manakala keadaan kewangan keluarga semakin meruncing selepas suaminya tidak bekerja sejak dua minggu lalu akibat tiada kenderaan.Wanita nasihat ibu hamil anak kelima supaya rancang keluarga jika tak mampu.Ibu itu mohon bantuan kerana masalah kewangan dan suami tidak bekerja.Teguran menyebut anak amanah dan perlu tanggungjawab.Disaran guna perancang keluarga di klinik kesihatan.Netizen setuju mesej, tapi minta bahasa lebih sopanRingkasan ini dijana oleh AISementara itu, nasihat keras wanita itu disokong netizen tetapi menyarankan agar bahasa yang digunakan agar lebih sopan dan beradab."Sebenarnya awak kena cakap dengan cara lebih halus dan sopan. Awak boleh kata selepas ini elok ambil perancang kehamilan."Saya setuju, hanya anak yang pernah lalui situasi macam ni saja tahu perasaan tu macam mana. Bila saya kahwin nanti, saya tak nak anak lalui perkara yang sama."Tegur dah bagus. Tapi tu la macam kena pergi sekolah lagi untuk belajar cara menegur," komen netizen.