suria

Tiada MySara anak tak minum susu, tak pakai lampin? Wanita minta golongan gaji rendah rancang keluarga, jangan banyak alasan

Ramai yang memanfaatkan bantuan kerajaan untuk membeli pelbagai barangan penting termasuklah susu anak. -Gambar hiasan AI (kanan)

BANTUAN kewangan seperti MySara merupakan inisiatif kerajaan bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah, terutamanya dalam menampung keperluan asas.

Di media sosial, ramai meluahkan rasa syukur kerana bantuan berkenaan dapat dimanfaatkan untuk membeli pelbagai barangan penting termasuklah susu anak.

Namun begitu, satu perkongsian di media sosial mencetuskan perbincangan hangat apabila seorang wanita menegur sikap pasangan suami isteri yang tidak merancang keluarga hingga akhirnya terlalu bergantung kepada bantuan tersebut.

Penerima tidak melepaskan peluang memanfaatkan bantuan bagi membeli keperluan asas. -Gambar hiasan

"Kalau nak beli susu anak pun kena tunggu MySara, mungkin kena rancang family dengan serius.

"Sedih pula baca ada anak kena minum susu pekat manis dulu... susu anak tinggal seceduk la," luahnya di platform Threads.

Menurut wanita itu, terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan tanpa sebarang perancangan jangka panjang atau pengurusan keluarga yang baik boleh mengundang kesan buruk, terutama kepada anak-anak kecil yang masih memerlukan perhatian dan makanan berzat.

Malah ujarnya, isu kebergantungan ini bukan perkara baharu, namun dia berpandangan, ia sering kali dibayangi dengan pelbagai alasan.

ARTIKEL BERKAITAN: Hiba jadi saksi penerima MyKasih hampa sistem 'down', bayi kena minum susu pekat lagi - “Si ayah letak balik sebab tiada duit”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak reti jangan redeem!” - Warga emas terkebil-kebil depan kaunter, juruwang marah salah ambil barang MyKasih

"Terlalu bergantung pada bantuan. Suruh rancang anak, bagi alasan macam-macam," tulisnya lagi.

Bagi wanita ini, dia tegas berpandangan bahawa masyarakat seharusnya mengamalkan konsep perancangan keluarga lebih-lebih lagi bagi mereka yang berpendapatan rendah. 

  • Seorang wanita tegur sikap segelintir keluarga gaji rendah yang terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan tanpa perancangan keluarga yang baik.

  • Dia sedih apabila anak kecil terpaksa minum susu pekat manis kerana ibu bapa tak mampu beli susu formula tanpa bantuan tersebut.

  • Dia menegaskan bahawa kebergantungan berlebihan kepada bantuan boleh beri kesan buruk kepada si kecil.

  • Dia selar sikap sesetengah individu yang beri pelbagai alasan apabila disarankan merancang keluarga.

  • Ramai bersetuju bantuan kerajaan hanyalah sokongan sementara, dan ibu bapa perlu berusaha sendiri serta merancang mengikut kemampuan.

"Kena terima hakikat memang ada yang tiada konsep merancang. Tak percaya, tengoklah Bersamamu. Ada kerja ladang je tapi kahwin dua, anak 10 orang. Duduk serumah pula semua anak-beranak.

"Mesti ada yang kecam Threads saya ni. Tapi saya tegas dengan pandangan saya. Sekian dari wanita yang guna family planning dah lapan tahun," tulisnya lagi. 

Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen, malah rata-ratanya bersetuju dengan pandangan wanita berkenaan.

Mereka berpendapat bahawa bantuan kerajaan hanyalah penyokong sementara, dan bukan jalan keluar jangka panjang.

Sebahagian daripada komen netizen.

"Betul, memang dah dijanjikan setiap anak ada rezekinya, tapi rezeki tu mak bapa kena usaha cari untuk anak-anak, bukan mengharapkan bantuan orang lain. 

"Terfikir juga. Kalau sekarang tiap bulan harap bantuan untuk beli susu atau lampin anak, sebelum-sebelum ni masa tak ada MySara ni mereka survive macam mana? 

"Setuju, dah kalau satu hari nanti MySara dah tak ada, macam mana?  Rancanglah ikut poket sendiri," antara komen netizen. 

Artikel Lain