SEORANG pegawai kanan polis dibuang kerja selepas tertangkap melakukan perbuatan tidak bermoral termasuk menghisap rokok elektronik atau vape mengandungi dadah.Perbuatan itu terbongkar selepas video aksinya itu tular di media sosial sehingga menimbulkan kemarahan masyarakat yang mendesak tindakan tegas diambil terhadapnya. Berdasarkan laporan, Dedi Kurniawan yang bertugas di Balai Polis Wilayah Sumatra Utara dijatuhkan hukuman tersebut selepas melalui proses perbicaraan tatatertib pada Rabu.Ketua Perhubungan Awam Polis Wilayah Sumatra Utara, Pesuruhjaya Kanan Ferry Walintukan berkata, keputusan tersebut dibuat selepas panel mendapati tiada faktor boleh meringankan hukuman terhadapnya.Malah kata Ferry, sepanjang siasatan tertutudh gagal memberikan kerjasama yang baik.Difahamkan, perbicaraan tersebut berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 5 petang sebelum keputusan dibuat.Siasatan turut meneliti kaitan video tular memaparkan tertuduh dalam keadaan terhuyung-hayang sedang bercumbu dengan seorang wanita berkait satu kes serangan di Tanjung Balai pada tahun lalu.Ferry berkata, bagi kes tersebut tertuduh sedang menjalankan tugas penyamaran namun tindakan tidak senonoh dilakukan di khalayak ramai tetap melanggar etika profesional."Memang benar dia menyamar dan ujian air kencingnya negatif namun perlakuannya masih tidak wajar," katanya.Sebelum ini, tertuduh mempertahankan diri dengan mendakwa semua perlakuan dirakam dalam video tersebut adalah sebahagian daripada tugas rasmi ketika menjalankan siasatan lapangan. -Agensi