suria

Isteri gempal damba nafkah batin, rindu dibelai! Dah cuba pikat, pakai 'perfume' pun suami tak bernafsu- "Peluk kena marah"

Semua isteri mempunyai keinginan untuk mendapat kasih sayang suami. -Gambar hiasan

LULUH hati seorang isteri apabila diri tidak lagi mendapat perhatian suami dari segi nafkah batin selepas lima tahun berkahwin.

Situasi rumah tangganya dianggap semakin parah apabila sudah hampir lima bulan dirinya langsung tidak disentuh suami.

"Saya tahu suami sudah lama tidak bernafsu dengan saya. Tipu la saya tak merana. Nafkah batin (sebelum ini) sebulan sekali je. Tahun ni lebih teruk.

Komunikasi penting untuk mengekalkan hubungan yang harmoni. -Gambar hiasan

"Saya dah pernah tegur benda ni. Malu! Tapi saya ni manusia biasa yang sangat perlukan kasih sayang dia. Sedangkan binatang pun ada nafsu.

"Dia langsung (tak bernafsu) ya. Kadang peluk dia masa tengah tidur pun kena marah sebab rimas," dia menceritakan tentang suami dan hubungan di bilik tidur.

Menurut wanita ini, dia sentiasa menjaga penampilan diri walaupun berbadan gempal, termasuklah mandi sebelum tidur dan memakai wangi-wangian. 

ARTIKEL BERKAITAN: Suami balik lewat lepas gaduh dengan isteri! Tak pujuk alih-alih nak ‘bersama’, ugut ‘makan luar’ lepas ajakan ditolak

ARTIKEL BERKAITAN: Semangat kejut suami pukul 4 pagi, isteri sedih ajakan ‘bersama’ ditolak... Baru sedar usaha TTC cuma syok sendiri

Namun, dia mendakwa suaminya lebih rela melayan wanita lain di aplikasi temu janji, Tinder berbanding dirinya.

"Mandi bersihkan diri, kemudian saya akan curi-curi pakai minyak wangi. Sedangkan dia? Balik kerja cuci kaki pun tidak. Makan dah terus tidur.

  • Isteri kecewa kerana hampir 5 bulan tidak disentuh suami.
  • Suami marah bila dipeluk dan langsung tidak bernafsu terhadapnya.
  • Dia tetap jaga penampilan wala berbadan gempal.
  • Dakwanya, suami lebih rela layan wanita di aplikasi temu janji.
  • Netizen nasihat supaya tidak terus bercerai, sebaliknya cari punca masalah rumah tangga.

"Faham, dia penat. Tapi dia langsung tak ada masa sikit pun dekat saya. Dia tak nak layan kerenah saya tapi dia sanggup layan perempuan dekat Tinder," luahnya lagi.

Di ruangan komen, seorang netizen menasihati wanita berkenaan supaya tidak terburu-buru membuat keputusan untuk bercerai.

Sebaliknya, individu berkenaan mencadangkan supaya pengadu cuba mencari punca sebenar masalah rumah tangga mereka.

Warga maya memberi sokongan di ruangan komen.

"Ramai bagi cadangan suruh cerai. Anda semua ni melebih-lebih betul. Bukan semua benda nak kena cerai. Cari punca dulu. Sis kena tanya hati ke hati dengan suami. 

"Kalau dia tak nak pegang, bagi layanan macam kawan. Kalau suami tak suka gemuk, sis kena cuba kurus. 

"Kalau dia tak suka bebel, belajar cara komunikasi. Kalau dia kata dah tak ada rasa cinta, ajak pergi berbulan madu. Cuba dulu,” saran individu itu.

Artikel Lain