suria

Suami ‘outstation’ 9 bulan beri kereta pada adik, suruh isteri pinjam kenderaan mentua! Malam sebelum berangkat pilih tidur rumah famili

Seorang suami sewajarnya mendahulukan isterinya terlebih dahulu berbanding adik-beradik sendiri. -Gambar hiasan

DALAM kehidupan berumah tangga, kasih sayang serta kepercayaan merupakan antara tunjang dalam mengukuhkan hubungan antara suami dan isteri. 

Namun apabila sesuatu perkara atau keputusan dibuat tanpa pertimbangan yang sewajarnya, ia boleh menimbulkan rasa terkilan, salah faham dan akhirnya menggugat keharmonian dalam rumah tangga. 

Itulah yang dirasai oleh seorang wanita apabila suaminya yang bertugas di luar kawasan (outstation) selama sembilan bulan, membuat keputusan menyerahkan kereta miliknya di bawah jagaan adik lelaki, bukan kepada isteri dan anak-anak yang akan ditinggalkan.

Menerusi luahan yang dikongsikan di laman sosial, wanita tersebut mengakui dirinya terkilan dan tertanya-tanya tentang keutamaan sebenar dalam rumah tangga di mata suaminya. 

Nafkah anak dan isteri adalah kewajipan seorang lelaki bergelar suami atau bapa. -Gambar hiasan

"Tak sedih, tapi terkilan. Suami saya akan naik kapal untuk sembilan bulan. Yang buat saya terkilan, dia bagi adik dia guna kereta dia. 

"Sedangkan saya dan anak tak ada kereta nak pergi mana-mana. Dia suruh guna kereta family saya. Sedangkan adik dia ada kereta sendiri, tapi dia nak juga suruh adik dia jaga kereta dia.

"Saya rasa dia tak pernah pun fikir anak bini dia, dia lagi kesian dekat family dia. Ayah dia ada dua kereta, adik-beradik semua ada kereta. Mungkin dia anggap anak bini dia ni sampah je dalam hidup dia," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri rasa terhina, suami muda 10 tahun asyik hina fizikal... Bentuk buntut, dada, bau ketiak semua tak tepati 'selera'

ARTIKEL BERKAITAN: “Bisnes ini tolong bayar kereta dia!” - Isteri terkejut dapat tahu suami ‘tikam belakang’, rancang jahanamkan perniagaan

Lebih menyedihkan, wanita itu tidak mempunyai kesempatan bertemu suaminya buat kali terakhir sebelum berlepas ke lapangan terbang kerana lelaki itu bermalam di rumah keluarganya sebelum penerbangan.

"Saya dan anak tinggal dekat rumah. Family dia yang hantar. Saya langsung tak dapat jumpa dia sebelum dia pergi sebab dia terus tidur rumah family dia (sebelum berlepas)," kongsinya.

Bercerita lebih lanjut, wanita itu turut berkongsi bahawa ini bukan kali pertama dia memendam rasa dengan sikap suami.

  • Seorang wanita terkilan suaminya yang bakal outstation selama sembilan bulan serah kereta miliknya kepada adik lelaki untuk diguna dan dijaga.

  • Suami suruh isteri guna kereta milik keluarganya.

  • Lebih mengecewakan, dia tak bertemu suami sebelum berangkat kerana lelaki itu bermalam di rumah keluarganya dan dihantar ke lapangan terbang oleh mereka.

  • Suaminya pernah curang, namun dia tetap beri peluang kedua.

  • Luahannya menarik perhatian ramai di media sosial, dengan rata-rata netizen memberi semangat dan menasihatinya agar mempertimbangkan semula hubungan tersebut demi kesejahteraannya dan anak.

Dakwanya, lelaki itu pernah berlaku curang sebelum ini, namun dia tetap memberi peluang kedua dan mengenepikan perasaan sendiri demi mempertahankan rumah tangga.

"Tapi dia tak pernah berubah. Bodohnya saya masih boleh terima semua ni. 

"Dosa ke saya kalau tak reda dia bagi kereta tu kat adik dia?" tulisnya sambil meminta pandangan netizen.

Sebahagian daripada komen netizen.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya tampil memberikan reaksi yang pelbagai, dengan ada yang menasihatkan wanita tersebut mempertimbangkan kembali perkahwinannya agar tidak terus makan hati.

"Dia bukan bagi adik dia pakai kereta tu, mungkin skandal yang pakai. Dan bukan family dia saja hantar dia ke airport, skandal dia pun hantar sekali. Tolong buka mata.

"Dia tak sayang awak dan tak ambil berat pun pasal awak. Tunggu apa lagi, blah!

"Dia tak cintakan anak isteri, dia melebihi keluarga dia. Walhal sembilan bulan peninggalan tu dia kena provide semua," antara komen netizen.  

Artikel Lain