suria

Myvi beli ‘cash’ dikutuk, bangga anak ‘angkat’ Vellfire ‘recon’ hutang 9 tahun! Wanita tahan sabar diperlekeh ibu

Ibu bapa sepatutnya bangga setiap kejayaan anak, kecil atau besar. -Gambar hiasan

TIDAK semua individu mahu membeli kereta mewah apabila bercakap soal kenderaan kerana ada yang lebih selesa hidup tanpa berhutang atau tidak menanggung komitmen bulanan tinggi.

Begitu juga dengan wanita ini yang membeli Perodua Myvi secara tunai, tetapi keretanya dibandingkan dengan Toyota Vellfire milik abang walau dibeli dengan pinjaman bank.

Paling menyedihkan, ibunya juga seperti tidak faham tentang prinsip dirinya yang tidak suka berhutang sehingga sanggup menyindir pembelian kereta Myvi itu.

Keputusan memilih jenis kereta bergantung pada kewangan masing-masing. -Gambar hiasan

"Aku beli Myvi cash. Abang aku beli Vellfire reconditioned (kereta terpakai) hutang sembilan tahun. Mak aku cakap Myvi je? 

"Ingat macam bangcik beli Vellfire. Besar, gah lagi. Kamu beli Myvi je ke?" dia menceritakan semula reaksi ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas produk kecil hati dipertikai tak beli Mustang, mak ayahnya dah cukup gembira naik Myvi - “InsyaAllah suatu hari nanti beli GTR”

ARTIKEL BERKAITAN: Biras minta tolong buat ‘loan’ kereta, nak bergaya naik Myvi... Gebang ada RM40,000 dalam akaun tapi enggan guna

Katanya lagi, apa yang berlaku turut membuatkan suaminya berkecil hati, walaupun hakikatnya mereka berdua sangat bersyukur dapat memiliki kereta tanpa perlu menanggung beban hutang.

"Sampaikan laki aku sendiri pun jauh hati dah (sikap ibu mentua). Terasa dipandang hina. Perlukan kata-kata semangat," ujarnya lagi.

Menurut wanita ini, dia hanya memilih untuk mendiamkan diri kerana teringatkan pesan ustazah supaya anak tidak bercakap kasar atau menyakiti hati ibu.

"Dalam hati (cakap) cash mak. Tapi siapa aku nak cakap macam tu. Terguris sikit hati aku.

"Tapi itulah... ustazah cakap fasal mak ni, selagi boleh kemam, kemamlah. Selagi boleh telan, telanlah.

  • Kereta Myvi beli tunai dibanding dengan Vellfire abang yang berhutang 9 tahun.
  • Wanita ini terguris hati ibunya sindir pembeliannya, langsung tak rasa bangga.
  • Suaminya juga kecil hati, namun mereka tetap syukur kerana memiliki kereta tanpa beban hutang.
  • Wanita itu pilih diam dengan mengingati pesan ustazah supaya bersabar dengan kata-kata ibu.
  • Netizen pula beri kata semangat, tegaskan kereta tunai lebih bernilai daripada berhutang semata-mata mahu nampak mewah.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat dan menyokong pendirian serta tindakannya.

Malah, ada yang memberi cadangan apa yang boleh dilakukan wanita ini agar tidak mengeruhkan hubungan dengan ibunya.

Komen beberapa warga maya pada hantaran asal.

"Sis cakap la, belum mampu. Mak doakanlah orang dapat beli Vellfire pula. Cash macam Myvi ni.

"Asalkan awak bebas hutang, itu lagi baik. Biarlah orang nak cakap apa, yang penting hati kita tenang.

"Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan (cakap) mak tu. Yang penting Myvi cash tak ada hutang okay. Tahniah puan! Berbelanja ikut duit sendiri," komen beberapa netizen.

Artikel Lain