suria

Tak boleh lepak lepas kerja, balik lambat kena marah! Gadis rentan mak ayah 'overprotective', hilang nikmat dewasa

Ketegasan ibu bapa sering disalah anggap oleh anak-anak. -Gambar hiasan

SETIAP ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak. 

Ada yang memilih untuk memberi ruang kebebasan seiring dengan peningkatan usia, namun tidak kurang juga yang lebih selesa menetapkan peraturan ketat tanpa mengira umur demi menjaga keselamatan khususnya anak perempuan.

Isu yang ini turut dibangkitkan seorang pengguna media sosial yang berasa hidupnya terkongkong meskipun sudah menghampiri usia 25 tahun.

Kebanyakan ibu bapa tegas dalam mendidik anak-anak. -Gambar hiasan

Kebanyakan ibu bapa tegas dalam mendidik anak-anak. -Gambar hiasan

Menurut wanita ini, dia tidak dibenarkan melepak selepas waktu kerja, dikenakan had masa pulang sebelum pukul 10 malam, selain dimarahi jika balik lewat walaupun keluar bersama adik-beradik. 

"Normal ke kalau parents masih tak bagi kebebasan walaupun anak dah nak masuk 25 tahun?

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis ketakutan di rumah sendiri! Mak ayah nak beri didikan terbaik dirasakan mengongkong, peraturan amat ketat

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita umur 24 tahun teruk dikongkong, mak ayah tak izin keluar bekerja! Ramai syak jenis licik, kena ‘kepung’ tetap ada pakwe

"Contohnya tak boleh melepak lepas kerja, 'curfew' pukul 10 malam dan kena marah kalau balik lambat walaupun keluar dengan adik-beradik," luahnya inginkan kepastian.

Bagi wanita ini, apa yang dilaluinya itu adalah satu bentuk kongkongan sehingga mengundang rasa stres dalam diri.

  • Seorang wanita usianya hampir 25 tahun rasa terkongkong kerana masih dikenakan curfew dan tak dibenarkan melepak lepas waktu kerja.
  • Dia dimarahi mak ayah jika pulang lewat walau keluar bersama adik-beradik.
  • Dia turut dihalang daripada bercuti bersama rakan-rakan walau jantina sama.
  • Dia berasa stres dan mempersoalkan tentang kebebasan anak dewasa.
  • Perkongsian itu mencetuskan perdebatan netizen — ada yang berpendapat ibu bapa wajar beri kepercayaan, segelintir sokong kawalan ketat selagi anak perempuan belum kahwin.

Selain itu dia turut dihalang melakukan aktiviti percutian bersama rakan-rakan walaupun daripada jantina sama.

Luahan pengadu itu mengundang pelbagai reaksi kerana ada yang berpendapat ibu bapa perlu memberi kepercayaan kepada anak apabila sudah dewasa.

Warga maya memintanya melihat daripada sudut positif.

Warga maya memintanya melihat daripada sudut positif.

Sementara segelintir lain menyokong tindakan ibu bapa yang lebih mengutamakan keselamatan diri anak-anak terutamanya perempuan.

"Normal selagi mana perempuan Islam belum kahwin.

"Kalau rasa nak bebas, kerja jauh dan tinggal sendirian... itu je salah satu caranya.

"Setiap keluarga berbeza cara didikan dan peraturan, bimbang awak tersalah pilih semata-mata nak keluar rumah.

"Normal bagi saya selagi belum berkahwin, perempuan masih tanggungjawab ibu dan bapa," demikian antara reaksi netizen.

Artikel Lain