suria

Bidan bersungguh kata ‘hamil’, doktor pula sahkan ‘tiada isi’! Persoalan wanita ini terjawab lepas beberapa hari

Ramai wanita mencari tukang urut untuk memulihkan masalah dalaman. -Gambar hiasan

DALAM situasi tertentu teknologi juga tidak mampu untuk menandingi ilmu dan kepakaran manusia.

Di Threads, tular kisah seorang wanita yang pergi berurut dengan bidan kampung sebelum dimaklumkan dirinya sedang berbadan dua.

Namun yang peliknya, ujian kehamilan serta imbasan di klinik tidak mengesan kehadiran janin pada peringkat awal kandungannya itu.

The Dragon Year has historically set the high-water mark for total live births each decade in Singapore. -- The Straits Times/ANN

Kehadiran cahaya mata menjadi pelengkap kehidupan suami isteri. -Gambar hiasan

"Kawan aku berurut dengan seorang makcik ni, dia bidan dan tukang urut kampung. Sampai bahagian perut, makcik tanya sekiranya dia mengandung?

"Kawan aku kata tidak. Makcik tu tetap kata kawan aku tu mengandung, sebab perut keras. Lepas tu dia beli ujian kehamilan. Macam negatif, satu ‘line’.

"Esoknya dia pergi klinik. Doktor kata negatif. ‘Scan’ pun tak nampak kantung. Lepas beberapa hari, dia buat lagi ujian kehamilan. Memang jelas dua ‘line’. 

  • Seorang wanita kongsi rakannya disahkan hamil selepas berurut dengan bidan kampung.
  • Bidan mengesan kehamilan melalui urutan perut sedangkan ujian dan imbasan doktor belum nampak hasil.
  • Beberapa hari kemudian, ujian semula jelas menunjukkan keputusan positif.
  • Wanita itu menegaskan ilmu orang tua tidak wajar diperlekeh.
  • Netizen turut berkongsi pengalaman sama dengan bidan kampung dan tukang urut.

"Alhamdulillah, betul kawan aku mengandung," tulis wanita itu.

Dalam hantaran sama, dia berkata kejadian itu membuktikan bahawa masyarakat hari ini tidak sepatutnya menolak sepenuhnya ilmu dan pengalaman orang tua.

"Kawan aku kata mungkin masa ‘scan’ tu ‘baby’ dia menyorok di sebalik lemak. Tapi pada masa dia pergi tu, kandungan masih terlalu awal.

"Sebab tu susah nak nampak. Alhamdulillah, besar dah anak kawan aku. Nak kata la kan, ilmu orang tua ni kita tak boleh perlekeh.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru tiga bulan bersalin, dah disahkan hamil lagi... Wanita terfikir mahu gugurkan kandungan, masih trauma kemaluan koyak

ARTIKEL BERKAITAN: Bos bengang 2 jururawat hamil serentak, risau tak cukup staf! Lega salah seorang keguguran, anggap doa makbul

"Bukan nak kata bagus daripada doktor, tapi ilmu dalam dunia ni banyak cabang. Asalkan tak mengarut, kita raikan saja," tulisnya lagi.

Di ruangan komen, beberapa netizen turut berkongsi kisah mereka yang melalui pengalaman lebih kurang sama dengan bidan kampung.

"Saya pernah mengurut sebab nak mengandung. Acik bidan tu cakap ada rezeki nanti, tak lama dah. Tup-tup lepas urut, 'lekat' anak sulung.

 

Pix of pregnant women. ....-- M. Azhar Arif/The Star 26 July 2015

Ada wanita yang menunggu bertahun-tahun sebelum diberi rezeki cahaya mata. -Gambar hiasan

"Teringat mengurut dengan akak ni, bila pegang perut saya dia senyum-senyum. Saya tanya, dia kata tak ada apa. Selang dua minggu, saya ‘test’ muncul ‘double line’.

"Aku urut kaki dengan orang buta. Baru sentuh kaki dia tahu aku sembelit. Memang betul, ada dah dua ke tiga hari tak berak," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain