suria

Pelanggan cantik dilayan terlebih mesra, juruwang berubah dingin ambil ‘order’ pembeli ‘wajah biasa’... Senyum pun tidak!

Tidak dinafikan fenomena 'beauty privilege' berlaku ketika ini di mana pelanggan dilayan berdasarkan paras rupa. -Gambar hiasan

SETIAP pelanggan sewajarnya mendapat layanan sama rata daripada peniaga atau jurujual tanpa mengira siapa pun mereka. 

Namun hakikatnya, penampilan dan rupa paras sering kali menjadi faktor tersembunyi yang mempengaruhi cara seseorang dilayan. 

Fenomena ini lebih dikenali sebagai 'beauty privilege'.

Seorang wanita baru-baru ini berkongsi pengalamannya yang mencetuskan rasa kurang senang, selepas menyedari wujud perbezaan ketara dalam layanan yang diterima berbanding individu lain yang dianggap lebih menarik.

Pelanggan sewajarnya diberi layanan sama rata. -Gambar hiasan

Kejadian berlaku ketika dia mengunjungi sebuah kafe bersama adiknya, baru-baru ini.

Beauty privilege is real. Hari tu saya pergi satu kafe ni dengan adik saya, depan saya ada tiga perempuan memang honestly lawa gila. Saya pun pakai lawa je atau mungkin saya yang tak cantik.

“Saya nak order la air. Dengan perempuan tu, juruwang layan baik dan gelak-gelak. Sampai dekat saya, dia tak senyum dan cuma tanya minum? nama?” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Cakap Ganu baru dapat murah" - Wanita 'pangkah' gerai pilih bulu, kantoi pelanggan sekampung ada harga 'special'

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga ambil order dari jauh, cuma insan terpilih boleh pesan di meja! Wanita tinggalkan kedai nasi ayam pilih bulu layan pelanggan 

Situasi itu membuatkan dia berasa tersisih dan hilang mood, walaupun pada awalnya hadir dengan perasaan gembira.

“Saya mula tertanya-tanya, adakah kerana saya tidak cantik maka layanan berbeza diberikan?” luahnya lagi.

Bagi wanita ini, isu ini bukan semata-mata mengenai cara dirinya dilayan ketika membeli minuman di kaunter, sebaliknya turut menyentuh perkara asas dalam melayan pelanggan.

  • Setiap pelanggan wajar menerima layanan sama rata, namun penampilan sering mempengaruhi cara layanan diterima, fenomena ini dikenali sebagai beauty privilege.

  • Seorang wanita berkongsi pengalaman dilayan secara berbeza di sebuah kafe, apabila juruwang lebih mesra dengan pelanggan yang berpenampilan menarik berbanding dirinya.

  • Wanita itu berasa tersisih dan mula mempersoalkan sama ada layanan buruk itu disebabkan dia tidak cukup menarik secara fizikal.

  • Baginya, isu ini bukan sekadar tentang membeli minuman, tetapi mencerminkan sikap diskriminasi terhadap rupa dalam layanan kepada pelanggan.

  • Perkongsian ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen, ada yang memahaminya, manakala yang lain menganggap ia isu remeh atau mungkin hanya salah faham.

“Ini bukan mengenai beli air je, ia mengenai bagaimana kamu melayan pelanggan. 

“Wujud ye orang yang memilih rupa untuk dia nak bersembang. Ini bukan pertama kali saya kena tau,” ujarnya lagi. 

Pengalaman tersebut menguatkan keyakinannya bahawa 'beauty privilege' bukan sekadar istilah kosong, sebaliknya benar-benar wujud dalam kehidupan seharian.

Sebahagian daripada pandangan netizen.

Di ruangan komen, warga maya melontarkan reaksi yang bercampur-baur, dengan ada yang menganggap situasi tersebut hanya mainan perasaannya semata-mata. 

“La, nak beli air ke nak dapat layanan daripada stranger? Selagi mana kamu dapat apa yang kamu pesan, nikmatinya saja. Benda simple.

“Benda kecil je pun. Jangan biarkan ia rosakkan hari awak. 

“Mungkin yang dia layan baik tu kawan dia kot. Sebab tu mesra,” antara komen netizen. 

Dalam pada itu, ada juga yang memahami perasaannya kerana pernah mengalami situasi serupa, dan menasihatkannya supaya tidak berfikir berlebih-lebihan.

Artikel Lain