suria

Kenang sikap buruk suami, wanita lupakan impian tambah anak! Terdetik nak ada zuriat dengan pasangan baharu

Menguruskan anak kecil memerlukan kesabaran yang tinggi. -Gambar hiasan

RUMAH tangga yang dibina sepatutnya menjadi tempat perlindungan selamat pasangan suami isteri dengan masing-masing bersikap saling melengkapi. 

Namun tidak semua pasangan bernasib baik apabila realiti hidup berumah tangga tidak seindah yang dibayangkan.

Seorang wanita meluahkan kekecewaan apabila suaminya seakan-akan lepas tangan dalam soal penjagaan anak.

Lebih menambah rasa sedih dan pilu apabila suaminya enggan membantu walaupun dirinya dalam keadaan tidak sihat.

Masalah rumah tangga kadang kala menganggu fokus wanita di tempat kerja. -Gambar hiasan

Masalah rumah tangga kadang kala menganggu fokus wanita di tempat kerja. -Gambar hiasan

"Seronoknya tengok suami orang lain baik-baik je, saya demam dah dua hari, minta suami mandikan anak usia tiga tahun... hari pertama dia tak mandikan.

"Hari kedua, dia mandikan je lepas tu biar budak tu tak berbaju, tak gosok gigi semua. Saya dah la tak larat, lagi nak hadap perangai dia macam tu. 

"Apabila saya tegur, dia cakap eh nasiblah dia dah tolong, tak terasa pun anak tu tanggungjawab dia," wanita ini mengadu di laman Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Mulut tak henti-henti merungut, mengeluh penat jaga anak... Ibu menyesal lepas dua insiden jadi depan mata - “Rasa macam Allah tegur”

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil cuti seminggu, suami baru tahu ‘nikmat’ urus anak! Terus peluk isteri, buang persepsi ‘duduk rumah goyang kaki’

Sikap suami dan bebanan rutin harian rumah tangga membuatkan wanita ini terpaksa melupakan hasrat untuk menambah cahaya mata meskipun amat mengimpikannya.

Malah dia pernah terdetik di hati untuk menambah cahaya mata dengan pasangan lain yang dapat bersama-sama menguruskan rumah tangga.

"Orang selalu tanya anak dah tiga tahun, bila nak bagi adik... kalau ikut naluri, mestilah nak anak lagi, nak anak perempuan.

  • Wanita kecewa suami lepas tangan dalam penjagaan anak walaupun dia sedang sakit.
  • Suami hanya mandikan anak tanpa lengkapkan urusan lain seperti berpakaian dan gosok gigi.
  • Bebanan rumah tangga buat dia tawar hati untuk tambah cahaya mata walaupun teringin anak perempuan.
  • Dia berasa sunyi, malah pernah terfikir untuk ada anak dengan pasangan lain yang lebih bertanggungjawab.
  • Netizen simpati dan nasihatkan supaya berbincang, dapatkan kaunseling atau pertimbang penceraian demi masa depan anak.

"Usia makin meningkat tapi suami punya perangai macam tu, tak kanlah nak tambah anak lagi.

"Saya nak sangat anak, tapi dengan suami lain, boleh," luahnya jujur sambil mengakui berasa sunyi selepas mendirikan rumah tangga.

Lebih menyedihkan, apabila dia berada dalam dilema apabila memikirkan isu penceraian kerana bimbang nasib anak yang masih kecil.

“Dekat pejabat bising, tapi apabila fikir kena balik rumah hadap perangai suami, hidup rasa kosong. 

Warga maya memberi nasihat kepadanya.

Warga maya memberi nasihat kepadanya.

"Nak bercerai tapi banyak kena fikir, kesian pada anak sebab mak dia tak pandai pilih suami, takut dia ikut perangai suami dan saya tak mampu didik dia seorang diri,” luah pengadu lagi.

Luahan tersebut menerima perhatian warganet yang rata-rata bersimpati dengan nasibnya selain menasihati wanita berkenaan agar mencari jalan penyelesaian terbaik demi masa depan anak.

"Nak tambah anak, pastikan suami berfungsi! Kena tahu dia sanggup tak kerja sama jaga anak atau setakat tolong uruskan rumah.

"Nasihat saya sebagai seorang lelaki, akak cerai sahaja.

"Bincang baik-baik, jumpa kaunselor dengan suami sekali, jangan minta nasihat daripada orang yang menjatuhkan kita," demikian nasihat warga maya.

Artikel Lain