suria

Fatin Afeefa minta netizen jangan bertengkar, tuntut nafkah anak RM3,000 tapi lulus RM1,300 saja

Fatin hanya mahu yang terbaik buat anaknya.

PELAKON Fatin Afeefa berharap netizen tidak terus berbalah mengenai jumlah nafkah yang dituntut buat anaknya iaitu Ivy Herra Sophia.

Menjelaskan kekeliruan itu, Fatin atau Fatin Nur Afifah Shamsudin, 32, berkata mahkamah hanya meluluskan sebahagian jumlah yang dituntut daripada bekas suami, Adam Shahz.  

"Jangan bertengkar (netizen). RM1,300 saja bukan RM3000. Minta RM3000 tak dapat pun," katanya dalam hantaran Thread.

Perkongsian Fatin yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Kata Fatin lagi, mahkamah juga meletakkan perintah agar Adam membayar yuran sekolah anak mereka.

"Dulu tak nak bayar yuran sekolah sebab perintah tak ada, sekarang ini ada perintah kena bayar yuran sekolah. Itu saja," luahnya.

Pada Selasa lalu, Fatin meluahkan rasa syukur apabila kes berkaitan tuntutan nafkah berpihak kepada dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga tahun turun naik mahkamah, Fatin Afeefa syukur nafkah anak dinaikkan

ARTIKEL BERKAITAN: Fatin Afeefa hantar anak lelaki masuk sekolah tahfiz, gagal tahan air mata dengar Adam baca lafaz janji hafaz al-Quran dalam tempoh setahun

Dalam prosiding berkenaan, Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor memutuskan bekas suaminya mampu untuk memberikan nafkah selain menanggung yuran sekolah anak mereka.

Pada tahun 2024, Fatin menuntut kenaikan nafkah anak daripada RM500 kepada RM3,000 sebulan.

Meskipun Adam tidak culas dalam membayar nafkah anak mereka, namun bekas suaminya itu didakwa enggan membayar yuran persekolahan Ivy.

Fatin berharap netizen tidak terus berbalah mengenai jumlah nafkah yang dituntut.

Adam bagaimanapun menjelaskan dia tidak mampu membayar seperti diminta dan mendakwa jumlah nafkah itu terlalu tinggi.

Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun bercerai empat tahun kemudian.

Fatin kemudian mendirikan rumah tangga dengan usahawan Aliff pada Disember 2022 dan memiliki seorang cahaya mata lelaki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain