suria

Rider betul-betul ikut arahan, hantar 'order' kepada pokok tepi jalan! Pelanggan salah 'pin' lokasi sayu lihat makanan terbazir

Makanan diletakkan di tepi jalan gara-gara pelanggan tersalah pin lokasi.

MEMBELI makanan secara dalam talian menerusi aplikasi yang kini banyak tersedia pastinya memudahkan sesiapa sahaja.

Kebiasaannya, pesanan akan dihantar terus kepada pembeli sekiranya kawasan didiami tidak mempunyai peraturan ketat yang menghalang penghantar makanan (rider) untuk memasuki premis.

Namun situasi berbeza dialami wanita ini apabila makanan yang dipesan menerusi aplikasi e-dagang, ditinggalkan di tepi jalan.

Bungkusan makanan akan dihantar ke lokasi yang telah dipin pembeli. -Gambar hiasan

Bungkusan makanan akan dihantar ke lokasi yang telah ditetapkan pembeli. -Gambar hiasan

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, bungkusan makanannya diletakkan di atas pokok hiasan di tepi jalan utama.

Insiden itu berlaku disebabkan dirinya sendiri yang tersilap meletakkan pin lokasi.

"Cerita sedih hari ini (Jumaat), main order dekat Grab tanpa tengok alamat.

ARTIKEL BERKAITAN: Bangga anak kerja luar negara, makcik perlekeh ‘rider’ tiada pelajaran - “Tapi saya jumpa mak setiap hari”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak faham maksud mesej, rider sangka pelanggan nak belanja... Rupanya gay gersang ajak buat benda tak senonoh

"Sekali tengah tunggu makanan, baru perasan salah alamat dan (rider) Grab terpaksa tinggal makanan tepi jalan," luahnya di laman Threads.

Menurut wanita ini, dia terpaksa pasrah dengan tindakan rider terbabit yang tidak dapat membantu menghantar pesanan disebabkan tidak biasa dengan kawasan sekitar penempatannya.

Pada masa sama, rider terbabit juga dikatakan mempunyai pesanan lain yang perlu dihantar.

  • Seorang wanita terkilan makanan bernilai RM40 yang dipesan melalui aplikasi e-dagang ditinggalkan di tepi jalan.
  • Insiden berlaku kerana dia tersalah meletakkan pin lokasi penghantaran.
  • Rider tak dapat bantu menghantar semula kerana tak biasa dengan kawasan tersebut dan mempunyai pesanan lain.
  • Wanita itu pasrah apabila makanan terbazir dan upah sudah ditawarkan kepada rider.
  • Netizen nasihat supaya lebih hati-hati semasa buat pesanan dan ada yang berpendapat rider boleh ambil makanan selepas disahkan ‘delivered’.

"Dah offer supaya dia (rider) ambil tapi dia cakap tak boleh," tambahnya yang amat berharap rider terbabit kembali mengambil makanan berkenaan.

Bercerita lanjut, ujar wanita ini, perkara yang membuatkan dia terkilan adalah pesanan makanan yang bernilai RM40 itu terbazir begitu sahaja.

"Sedih RM40 makanan tinggal macam tu je, minta tolong nak bagi upah pun rider tak boleh nak buat apa," luahnya sambil menjelaskan pesanan tersebut dibuat kali kedua selepas pesanan pertama dibatalkan.

Antara reaksi netizen.

Antara reaksi netizen.

Di ruangan komen, warga maya meluahkan rasa simpati kepada wanita itu dan memintanya untuk lebih berhati-hati sebelum membuat pesanan.

Tidak kurang juga yang menyatakan rider terbabit boleh mengambil makanan tersebut jika telah diizinkan pembeli.

"Boleh je ambil, patutnya 'delivered' siap-siap dan ambil gambar semua sebagai bukti, lepas hantar, bolehlah bawa balik makanan tu atau mungkin dia rider baharu.

"Hari tu saya silap pin lokasi, rider tekan 'delivered' kat tempat tu, kemudian baru datang hantar ke tempat saya yang betul.

"Menyampah nak guna pin lokasi ni, susah nak dapat lokasi," demikian antara reaksi warga maya.

Artikel Lain