suria

“Kami solat taubat bersama” - Selepas video intim tersebar, wanita pilih lelaki ‘dark side’ jadi suami... Reda dibuang keluarga

Wanita yang pernah melakukan dosa besar juga berhak untuk menjalani hidup bahagia. -Gambar hiasan

SETIAP manusia pernah melakukan dosa, namun pintu taubat sentiasa terbuka selagi kita masih hidup.

Di laman X, seorang wanita berkongsi cerita tentang aibnya apabila video aksi terlampaunya pernah tersebar ketika zaman belajar.

Walaupun dihimpit kisah memalukan, dia tetap berjaya menamatkan pengajian dan kini sudah berumah tangga.

A man reads Al- Quran by using mobile apps , during the month of Ramadan in the Jamek Mosque in Kuala Lumpur.AZHAR MAHFOF/The Star

Pintu taubat sentiasa terbuka untuk pendosa yang mahu berubah. -Gambar hiasan

"Aku pernah jadi mangsa revenge porn, video aku viral sampai ke universiti. Aku tebalkan muda teruskan degree macam biasa.

"Masa tu aku bercinta dengan boyfriend yang kini dah jadi suami. Dia pun budak dark side (DS). 

"Kami kahwin di Siam lepas habis degree sebab aku kena buang keluarga," ujarnya memulakan cerita.

Sebagai makluman, DS merujuk kepada kandungan tidak senonoh dan merosakkan moral yang dikongsi di platform sosial

  • Wanita itu pernah menjadi mangsa revenge porn ketika zaman belajar, namun tetap meneruskan pengajian hingga tamat ijazah.
  • Dia akhirnya berkahwin dengan teman lelakinya dan kini sudah tiga tahun berumah tangga.
  • Keluarga mentua terima seadanya walaupun tahu kisah silam, malah kehidupannya semakin baik dengan kerjaya dan pendapatan stabil.
  • Pasangan itu cuba memperbaiki diri dengan melakukan solat taubat bersama.
  • Namun, dia berasa sedih kerana suami enggan memiliki anak, menyebabkan dirinya sunyi dan terkilan walaupun sudah berubah ke arah lebih baik.

Walaupun tidak diterima ibu bapa sendiri, wanita itu bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang baik, malah kehidupannya kini semakin stabil.

"Sekarang dah tiga tahun kami berkahwin. Lepas kahwin suami berubah 100 peratus. Kalau sempat kami akan solat taubat bersama sekurang-kurangnya seminggu sekali.

"Suami kerja software engineer, aku online customer service. Gaji kami, Alhamdulillah, aku dapat RM3,300 ke RM3,700. Gaji dia dua atau tiga kali ganda lebih.

ARTIKEL BERKAITAN: Hancur hati suami jumpa aksi panas isteri dalam telefon, berasmaradana dengan kawan baik sendiri! - “Tak sangka siap bagi tubuh”

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri alami gangguan paranoid lepas jumpa video lucah, kerap terjaga tengah malam... Celik mata terus periksa telefon suami

"Mak ayah mentua tahu aku pernah kena leak, tapi mereka okey," tulis wanita itu lagi.

Di sebalik perubahan positif itu, dia berkata hatinya sunyi tanpa kehadiran cahaya mata.

Jelasnya, dia berhasrat untuk menimang cahaya mata, namun suaminya seolah-olah tidak menyokong hasrat itu.

KHALWAY POSED PHOTO...

Penyebaran video lucah boleh menyebabkan mangsa hidup dalam tekanan. -Gambar hiasan

"Suami tegas cakap tak payahlah ada anak, takut nanti salah didik. Aku macam terkilan sangat. Kami pernah nakal, tapi dah bertaubat.

"Takkan la aku nak kena hukum dengan kesunyian ni sampai bila-bila. Salah ke aku nak ada anak juga? Memang dosa sebelum ni menghilangkan kelayakan aku untuk bergelar ibu ke?

"Aku pun berharap nak rasa mengandung, beranak dan jaga anak sendiri" tulis wanita itu lagi.

Artikel Lain