suria

Tak sanggup tengok bayi perempuan meraung kena tindik telinga, wanita label mak ayah kejam! Cadang pakai rantai leher, bukan subang

Segelintir ibu bapa gemar menindik telinga anak perempuan ketika masih bayi. -Gambar hiasan

KEBANYAKAN ibu bapa gemar menindik telinga bayi perempuan dan memakaikan mereka subang bagi menyerlahkan penampilan.

Bagi mereka, telinga bayi yang berusia sebulan lebih lembut dan mudah sembuh.

Walau bagaimanapun, tidak semua setuju dengan cara tersebut dan menganggap ia sebagai satu bentuk kezaliman terhadap anak kecil, seperti diluahkan wanita ini.

Tindik telinga popular dalam kalangan wanita dan kanak-kanak. -Gambar hiasan

Tindik telinga popular dalam kalangan wanita dan kanak-kanak. -Gambar hiasan

Berkongsi pandangan peribadi itu di laman sosial, pelayar wanita ini berharap ibu bapa memakaikan bayi perempuan mereka dengan rantai leher berbanding subang.

"Parents yang tindik telinga bayi perempuan seawal usia sebulan dua tu kejam, alasan sebab nak anak nampak seperti bayi perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Makcik bertudung ‘steady’ tindik lidah, bangga terjelir-jelir depan kamera... Tapi ramai nak tahu apa fungsi, siap suruh semak hukum agama

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis acah sempurna! Tak suka lelaki pendek, pakai baju hitam... Kalau kurus dianggap ‘pervert’

"Awak boleh belikan rantai leher berbanding biarkan anak meraung, telinga kena tindik seawal umur sebulan dua," coretnya di laman Thread.

Pandangan wanita itu mengundang reaksi bercampur daripada netizen termasuk yang mengaitkannya dengan budaya dan tradisi masyarakat.

  • Ramai ibu bapa tindik telinga bayi perempuan seawal usia sebulan untuk menyerlahkan penampilan dan kerana luka cepat sembuh.
  • Ada yang anggap tindakan itu kejam, malah mencadangkan rantai leher sebagai alternatif.
  • Netizen kongsi pengalaman masing-masing, termasuk kaitan dengan budaya India serta perbandingan masa kecil dan dewasa.
  • Ada kes anting-anting tertimbus dalam daging, bernanah dan telinga terkoyak, timbul isu risiko kebersihan.
  • Netizen juga bimbang rantai dan gelang boleh terjerut, ditarik atau tertelan oleh bayi.

"Aku sangatlah bersyukur mak aku tindik masa kecil, sebab aku tindik lagi masa umur 16 tahun tapi kat tempat lain, sakit!

"Saya tindik ketika umur dua tahun, pada pandangan saya, rantai tak sesuai sebab senang rentap di leher.

"Dalam budaya India, kami ada upacara untuk tindik telinga.

Warga maya memberikan pandangan mereka berhubung isu tindik telinga bayi.

Warga maya memberikan pandangan mereka berhubung isu tindik telinga bayi.

"Saya tak tindik sebab tahu tahap kelasakannya, tunggulah dia besar dan dia yang nak," demikian reaksi netizen.

Tidak kurang juga yang melihatnya dari sudut keselamatan diri anak-anak yang masih kecil.

"Dulu pernah kerja klinik swasta, ada dua kes anting-anting budak kecil, satu anting-antingnya tertimbus daging sampai bernanah telinga, seorang lagi terkoyak.

"Tak faham rasionalnya, tak kesian atau risau kebersihan anak-anak dan kemungkinan anak lasak.

"Bahaya pakaikan rantai, gelang atau subang kat bayi, takut terjerut dan tertelan," luah segelintir warga maya yang bimbangkan isu keselamatan.

Artikel Lain