SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila suami yang disayangi gemar mengungkit setiap perbelanjaan rumah selain suka memaki hamun.
Berkongsi cerita, suri rumah itu berkata masalah dialami bermula sejak dia meninggalkan kerjaya dan hobi demi memberi fokus pada rumah tangga yang dibina sehingga akhirnya bergantung hidup sepenuhnya pada suami.
Lebih menambah rasa sedih apabila dia tidak mempunyai rakan mahupun saudara mara yang rapat untuk berkongsi rasa.

Pertengkaran mulut antara suami isteri sering terjadi pada segelintir pasangan. -Gambar hiasan
"Hidup selepas kahwin hanya ada suami dan anak-anak je... segala pekerjaan, aktiviti dan hobi dah tinggal, fokus pada keluarga kecil ni je.
"Saya sekarang dalam keadaan dilema, kecewa, sedih dan terasa hati dengan suami, terus terang selepas kahwin ni, hidup bergantung dengan suami 100 peratus.
"Suami jenis tak berkira dengan anak isteri, cuma dia ni baran dan kalau bergaduh je mesti ungkit macam-macam," ujarnya berkongsi masalah dialami di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Jiran baru pindah rupanya sedang terseksa, cerita semua sikap buruk suami masa 'house warming' - "Mereka dah 3 bulan kahwin"
ARTIKEL BERKAITAN: Suami baran tengking isteri depan rezeki, nasi baru masak dikata basi... Anak sedih ibu berpanas naik motor beli makanan ganti
Meskipun terpaksa berhadapan dengan sikap suami yang panas baran dan gemar mengungkit, namun pengadu meluahkan rasa syukur kerana suaminya tidak pernah memukulnya.
"Tapi baran dia tak naik tangan, air mata je mengalir selepas beradu mulut.
"Dia suka maki hamun cakap macam-macam dekat saya seperti saya tidak ada perasaan," luahnya sayu.
- Suri rumah kecewa bila suami sering mengungkit perbelanjaan dan memaki hamun walaupun dia sudah korbankan kerjaya serta hobi.
- Hidupnya bergantung sepenuhnya pada suami, tanpa rakan atau saudara rapat untuk berkongsi masalah.
- Walaupun suami tidak pernah memukul, dia kerap melontarkan kata-kata kesat hingga buat isteri menangis.
- Isteri tetap membantu ekonomi keluarga dengan jual barang terpakai, jaga makan pakai anak suami, namun tetap dianggap tidak berkorban.
- Netizen beri semangat dan nasihat supaya isteri kembali bekerja, berniaga kecil-kecilan atau ambil masa berjauhan untuk tenangkan diri.
Tambah wanita itu lagi, walaupun tidak bekerja, dia masih membantu suaminya mendapatkan wang tambahan dengan menjual barang terpakai selain meminjam daripada keluarga.
Malah katanya, makan dan pakai suami serta anak-anak dijaga dengan rapi setiap hari tanpa mengira penat lelah.
Adu wanita ini lagi, dia juga tidak menghalang suaminya melakukan aktiviti harian atau hobi bersama rakan-rakan.

Netizen memberikan pandangan peribadi dan nasihat kepada wanita ini.
"Tapi suami tetap kata saya tidak pernah berkorban atau berusaha untuk keluarga kecil kami.
"Apa yang saya buat tidak pernah dihargai dan sekarang saya rasa macam tak boleh tahan dengan semua ni... menangis sampai anak saya usap air mata," luahnya yang masih mahu mempertahankan rumah tangga.
Di ruangan komen, warga maya tampil dengan nasihat dan kata-kata semangat bagi membantunya melalui masalah yang dialami.
Tidak kurang juga yang menasihatinya supaya kembali bekerja supaya dapat bergaul dengan rakan-rakan pejabat dan mengubah persekitaran.
"Perempuan kena kerja dan pandai memandu sebab suami suka perlekehkan perempuan yang tak bagi duit pada dia.
"Cuba duduk asing untuk beberapa waktu contohnya bawa anak-anak balik kampung sambil tenangkan fikiran, mungkin akan timbul rasa rindu dan sayang.
"Sis boleh berniaga dari rumah secara kecil-kecilan seperti buat kek atau ambil tempahan menjahit baju sambil jaga anak, daripada situ sis tidak lagi menangis," demikian nasihat warga maya.


