suria

Wanita tak senang trend pertandingan pakaian beragam sempena Hari Kebangsaan di sekolah... Mak ayah buat kerja lebih!

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menzahirkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan murid. -Gambar hiasan

SAMBUTAN Hari Kebangsaan di sekolah pasti meriah dengan pelbagai penganjuran acara mahupun pertandingan bagi menzahirkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

Setiap tahun juga, media sosial pasti akan dibanjiri dengan perkongsian foto atau video daripada ibu bapa dan guru yang memaparkan karya kreatif termasuk pakaian beragam.

Meskipun menerima sambutan hangat dalam kalangan netizen, namun terdapat segelintir individu yang seolah-olah tidak berpuas hati dengan penganjuran pakaian beragam.

Antara pakaian beragam yang pernah tular sebelum ini.

Antara pakaian beragam yang pernah tular sebelum ini.

Pada pandangannya, pertandingan tersebut seharusnya berlangsung antara murid namun kebanyakan karya yang dipertandingkan dihasilkan ibu bapa pelajar.

"Sekolah buat pertandingan kostum Hari Kebangsaan, model bangunan, model kereta... tapi yang buatnya parents.

"Baik suruh parents je yang masuk sekolah balik," luahnya yang turut mengimbau beberapa penganjuran pertandingan zaman dahulu di laman Thread.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi ‘maruah’ kelas, wanita ini akur disuruh jadi model merdeka... catwalk dah OK tapi topi terbang pula! - “Memalukan sungguh”

ARTIKEL BERKAITAN: Imej juruterbang jet pejuang jadi pilihan juri! Ibu terkejut anak juara, kalah pun OK yang penting ada semangat patriotik

Bagi pelayar wanita ini, pertandingan deklamasi sajak, kuiz merdeka, melukis poster yang dilukis di sekolah, wajar dikembalikan.

"Kembalikan pertandingan deklamasi sajak, kuiz merdeka atau melukis poster," tambahnya.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen.

  • Sambutan Hari Kebangsaan di sekolah meriah dengan pertandingan pakaian beragam & karya kreatif.
  • Timbul kritikan kerana hasil pertandingan dikatakan lebih banyak dibuat oleh ibu bapa, bukan murid.
  • Ada yang cadangkan pertandingan tradisi seperti sajak, kuiz & melukis poster dikembalikan.
  • Sebahagian netizen anggap aktiviti ini bagus untuk eratkan hubungan ibu bapa-anak & galakkan kerjasama.
  • Wujud juga suara yang menyelar pengkritik, mendakwa mereka hanya tahu komplen tanpa usul cadangan di mesyuarat PIBG.

Meskipun ramai yang bersetuju, namun bagi mereka ia sedikit sebanyak dapat mengeratkan hubungan antara anak dan ibu bapa.

"Tapi kalau daripada sudut positif, inilah masanya kita nak buat aktiviti dengan anak-anak... masa inilah mak ayah letak telefon kat tepi.

"Tapi janganlah parents yang buat semua, guide anak apa kena buat... gam, tampal, gunting biar anak-anak buat, parents kemaskan kerja anak-anak," demikian pandangan salah seorang pelayar.

Antara reaksi netizen berhubung luahannya.

Antara reaksi netizen berhubung luahannya.

Malah ada yang menyatakan pertandingan itu sebagai salah satu kaedah untuk melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak.

"Perkara ni salah satu cara untuk melibatkan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak. Salah satu impaknya 'membina sikap positif'," tambah seorang lagi pelayar.

Dalam pada itu, segelintir warga maya menyelar pengadu dan menganggapnya gemar mengkritik tanpa melihat daripada pelbagai sudut.

"Kenapalah nak meroyan sangat? Seronok apa tolong buat untuk anak-anak, cikgu pun tak jangka mak ayah akan tolong sebab harap kat anak memang tak jalan.

"Pelik kenapa asyik bitter, semua nak complaint itu ini. Masa mesyuarat PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru) ada datang tak? Kenapa tak usulkan terus dekat pihak sekolah cadangan yang bernas nih," tambah segelintir lagi.

Artikel Lain