KEYAKINAN seorang wanita berbadan gempal bagaikan dipijak-pijak apabila dia sering didampingi lelaki yang menggunakan bentuk fizikalnya sebagai alasan untuk dia merendah diri.
"Berdasarkan pengalaman sebagai wanita plus size, aku boleh cakap sesetengah lelaki yang ditemui akan buat aku rasa seperti patut bersyukur mereka mahukan aku.
"Kiranya walaupun aku gemuk, dia nak juga pada aku. Selalu yang buat perangai ni, lelaki yang tak cukup tinggi," luahnya berkongsi pengalaman.

Insan berbadan gempal sering dipandang serong kerana fizikal mereka. -Gambar hiasan
Mengimbau beberapa situasi yang dilalui, wanita ini mengakui sikap lelaki berkenaan membuatkan dia turut terpengaruh dengan anggapan itu hingga berasa seolah-olah tidak layak untuk menemui cinta sejati.
"Dulu selalu rasa macam aku tak akan jumpa cinta sebab aku besar, menyampah apabila rasa begitu.
"Tapi selepas beberapa ketika, aku sedar yang mereka sekadar nak lepaskan rasa 'kekurangan' pada aku.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita gempal nasihat individu gemuk guna deodoran... Sapu di lipatan, celah lemak jangan sampai peluh 'menapai'
ARTIKEL BERKAITAN: Lepas bihun, kuih pula! Wanita gempal 'angin' disindir kuat makan, lepas kena 'sound' ofis sepi macam majlis pengebumian
"Lelaki-lelaki poyo sebelum ni sebenarnya langsung tak setaraf dengan aku, cuma suka guna alasan kononnya aku tak kena dengan cita rasa dia. Padahal dia yang cuba nak pikat aku," adu wanita ini lagi.
Memahami perasaan dan situasi yang mungkin menimpa golongan 'plus size' sepertinya, wanita ini tampil menitipkan kata-kata semangat.
- Wanita ini dedah ada lelaki anggap dia patut ‘bersyukur’ kerana berbadan gempal tetapi masih didekati.
- Pernah terpengaruh hingga rasa tidak layak menemui cinta sejati hanya kerana bentuk tubuh.
- Selepas sedar, dia tegaskan lelaki poyo itu cuma melampiaskan rasa kekurangan diri pada dirinya.
- Dia beri semangat kepada wanita plus size agar tidak tunduk dengan kata-kata negatif.
- Netizen setuju, berkongsi pengalaman sama dan mendoakan dia bertemu jodoh yang baik.
Menurutnya, wanita berbadan gempal tidak seharusnya tunduk dengan kata-kata negatif orang lain.
“Percayalah, orang yang tepat akan hadir. Jangan biarkan lelaki yang perangainya buruk buat kita rasa down,” pesannya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengannya kerana pernah melalui situasi sama.

Warga maya berkongsi pengalaman sama.
Tidak kurang juga yang memberi kata-kata nasihat dan mendoakannya ditemukan jodoh yang baik.
"Nak cari jodoh, satu je adik kena buat... cari lelaki yang sanggup ke Himalaya dan jerit nama awak (perumpamaan), bukan sebab awak kurus atau gemuk.
"Aku pernah bagi peluang pada seorang lelaki, dia suka sindir aku pasal tubuh sedangkan dia pendek.
"Seumur hidup saya tak pernah menghina dan merendahkan lelaki-lelaki yang confess kat saya walaupun banyak kekurangan. Tapi memang ada jenis lelaki yang kuat mengkritik nak kita berubah ikut kehendak dia," demikian reaksi warga maya.


