suria

“Menyemak dekat dapur aku buat apa?” - Wanita naik baran tetamu tegur guna MSG dalam masakan, acah anti penambah perisa

Setiap daripada kita perlu menjaga adab apabila berkunjung ke rumah orang -Gambar hiasan

KEHADIRAN orang luar di dapur ketika tuan rumah sedang sibuk memasak ada kalanya boleh mengundang rasa kurang senang.

Seperti yang dilalui seorang wanita, dia meluahkan rasa geram apabila ditegur salah seorang tetamu di rumahnya kerana menggunakan perasa tambahan (MSG) dalam masakan.

"Aku rasa menyampah apabila tengah masak, tiba-tiba rasa ada orang kata... eh rumah akak tak pakai MSG, memang tak amalkan.

Teguran mengenai masakan adalah satu perkara sensitif bagi sesetengah orang. -Gambar hiasan

"Diam la bodoh. Aku masak dekat rumah aku. Kau tu tetamu, datang menyemak dekat dapur aku buat apa," ujar wanita itu meluahkan rasa geram dalam hantaran di Threads.

Lebih membuatkan pengadu bengang apabila tetamunya dikatakan bersifat terlalu cerewet dalam soal perasa tambahan dalam masakan.

Malah tetamunya itu memberitahu akan sentiasa mengingatkan kepada tukang masak di kedai yang dikunjungi agar tidak menggunakan bahan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan angkuh ketika menegur, guna bahasa lembut... Hadam 5 cara beri nasihat dalam Islam

ARTIKEL BERKAITAN: Geram makcik ‘kepochi’ kritik cara masak asam pedas, wanita jawab kenapa suka guna banyak minyak - “Ya saya pakai satu kontena”

"Apabila aku diam, dia kata mereka sekeluarga anti dengan MSG. Kalau pergi rumah orang je makan, kalau dekat luar... awal-awal lagi beritahu tak nak letak perasa umami tu.

"Kau ingat tukang masak tu peduli ke bodoh kau tak nak letak MSG ke apa? Serabut la acah-acah tak pakai MSG segala bagai ni," ujar wanita itu lagi.

  • Luahan itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangannya.
  • Wanita marah tetamu persoal masakannya kerana guna MSG.
  • Tetamu dakwa keluarganya ‘anti-MSG’ dan larang tukang masak luar guna bahan itu.
  • Wanita anggap tetamu menyibuk dan tak beradab di dapur.
  • Netizen sokong wanita itu dan kecam tetamu 'acah' amal gaya hidup sihat.
  • Hello Doktor jelaskan MSG selamat digunakan menurut FDA.

Pada ruangan komen, rata-rata turut meluahkan rasa kurang senang dengan sikap tetamu berkenaan yang tidak tahu menjaga adab ketika bertandang ke rumah orang.

"Macam mana dia yakin makan dekat luar tu tukang masak tak letak MSG dalam makanan dia pesan?

"Memang ada manusia yang acah tak guna MSG. Acah-acah sakit kepala la, rambut gugur la. Famili kau tak guna MSG pun macam-macam penyakit.

Komen netizen di media sosial.

"Berani betul cakap buruk dekat tuan rumah masa dia tengah sediakan makanan. Awak jumpa mana manusia ni?," komen beberapa netizen.

Dalam pada itu, menurut portal kesihatan Hello Doktor, MSG adalah singkatan daripada monosodium glutamat iaitu sejenis penambah perisa yang terdiri daripada garam natrium asid glutamat.

Disebabkan masih kurang bukti saintifik yang berjaya membuktikan alahan menggunakan MSG, Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) mengklasifikasikan ia sebagai ramuan selamat digunakan dalam makanan.

Artikel Lain