suria

Janggut tak cukur habis, suara pun garau! Wanita menjerit sambil baling botol shampoo, terkejut ‘lelaki jadian’ masuk tandas perempuan

Lelaki berperwatakan wanita tidak sepatutnya menggunakan tandas wanita. -Gambar hiasan

SEORANG wanita meraih perhatian selepas berkongsi kisahnya berdepan gangguan mak nyah ketika menggunakan kemudahan di sebuah pusat rekreasi.

Menerusi hantaran di Thread, pengadu mendakwa seorang mak nyah itu dengan berani masuk ke ruangan wanita tanpa menghiraukan kehadiran pengunjung lain.

"Saya pernah mandi dekat satu tempat ni dengan sepupu, kami berempat. Masa tu pukul 3 atau 4 pagi.

Public toilet stinch

Tandas awam sepatutnya menjadi ruang yang selamat untuk wanita. -Gambar hiasan

"Lepas dah siap, nak tukar baju dulu sementara yang lain masih nak rendam kaki. Aku masuklah tempat tukar baju tu.

"Macam biasa, ada tandas dan tempat mandi. Ketika nak buka tudung, keringkan rambut... tiba-tiba ada shemale masuk," kongsinya memulakan cerita.

Menurut wanita itu, dia terus menegur mak nyah berkenaan sehingga tercetusnya pergaduhan antara mereka.

  • Wanita mandi-manda pusat rekreasi dengan sepupu pada waktu awal pagi.
  • Dia terkejut melihat mak nyah masuk ke tanda khas untuk wanita.
  • Dia menegur mak nyah itu sehingga tercetus perbalahan.
  • Mak nyah itu cuba mempertahankan haknya.
  • Mak nyah itu beredar selepas seorang lagi pengunjung masuk campur.

Selepas seorang lagi pengunjung masuk campur, dia berkata mak nyah itu kemudiannya beredar dalam keadaan marah.

"Saya terbaling syampu sebab terkejut, lepas tu cepat-cepat pakai tudung. Saya naik suara, tengking dia. Tapi aku kena maki balik.

"Dia kata ini tempat awam, dia pun bayar. Lepas tu ada orang lain yang mandi marah shemale tu juga. 

ARTIKEL BERKAITAN: Mak nyah buat duit jual video hubungan songsang, perdaya lebih 100 remaja lelaki jadi pelakon! Kantoi buat promosi di X

ARTIKEL BERKAITAN: Rakam aksi seks dalam kereta, bilik tidur... Mak nyah pemilik akaun ‘dark side’ ditahan jual video lucah RM40

"Tapi yang tak boleh tahannya, dia masih nak pertahankan diri. Akhirnya dia mengamuk, hentak kaki, lepas tu dia keluar tanpa tukar baju," imbasnya lagi.

Jelas pengadu, dia sebenarnya tidak kisah dengan kehidupan lelaki itu, namun kurang senang apabila dia tidak menghormati aurat wanita.

"Tolonglah, aku bukan nak judge kau shemale, kau nak buang 'bebird' (kemaluan) kau punya pasal la. Dosa kau tanggung la sendiri.

Interior Of Modern Toilet bowl in bathroom .

Pengguna kemudahan awam perlu menghormati peraturan yang ditetapkan. -Gambar hiasan

"Tapi kau fikir ke yang nak guna tempat tukar baju tu ada muslimah? Ni senang-senang je kau masuk. Masuk la di tempat lelaki," tulis wanita itu lagi.

Menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen, pengadu berkata dia menyedari wanita itu adalah mak nyah berdasarkan ciri-ciri fizikalnya.

"Ciri-ciri kelelakian dia menonjol. Jalan kaku, bulu janggut tak cukur habis, suara garau," tulisnya lagi.

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, hukum seorang mukhannas atau dalam bahasa setempat disebut sebagai pondan, mak nyah, dan seumpamanya memasuki tandas wanita adalah dilarang.

Artikel Lain