suria

Gaji tinggal RM400, suami turuti permintaan bapa nak makan di restoran... Beri RM300 sebelum balik - "Susu, lampin tak beli lagi"

Ada segelintir pasangan suami isteri tersepit antara kekangan kewangan dengan permintaan keluarga. -Gambar hiasan

DALAM kehidupan berumah tangga, sokongan orang sekeliling terutama keluarga sangat penting terutama jika terpaksa bergelut dengan masalah kewangan.

Namun adakalanya sikap ahli keluarga yang tidak memahami boleh mengundang tekanan, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita ini mengenai mentuanya.  

Menerusi hantaran di media sosial, wanita tersebut meluahkan rasa kecewa bukan hanya terhadap mentua, malah sikap suaminya yang terlalu menuruti kemahuan keluarga sendiri hingga mengabaikan anak dan isteri.

Perbelanjaan akan meningkat seiring dengan pertambahan ahli keluarga. -Gambar hiasan

"Hari ni rasa sangat down. Bapa mentua datang rumah. Disebabkan saya alahan teruk, memang makan semua tapau. Kerana faham kewangan kami, biasa saya tapau nasi bajet yang murah-murah je. 

"Sampai je bapa mentua, dia request makan restoran. Rumah saya sewa je, pinggan cawan kerusi makan semua ada satu je, hidup ala kadar.

"Bila bapa mentua datang, dia bising suruh beli kerusi makan la pinggan itu ini... suami layan je pergi sana sini beli apa yang diaorang nak," tulisnya dalam hantaran berkenaan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Mentua cemburu menantu beli emas, bercuti 'overseas'... Suruh guna duit untuk kerap balik kampung, dapat pahala jenguk orang tua

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa sendiri toksik, hanya tahu minta duit... Wanita hidap MDD stres, mujur ada mentua tempat bergantung

Wanita tersebut berkata, dia hanya mendiamkan diri biarpun jauh di sudut hati perasaannya bercampur baur kerana sebagai isteri lebih mengetahui situasi kewangan suami.

Apa yang membuatkan hatinya lebih 'panas', bapa mentua tanpa rasa segan silu meminta wang belanja daripada suaminya sebelum pulang ke kampung.  

  • Seorang wanita kecewa mentua tidak memahami keadaan kewangan suami dan memaksanya penuhi pelbagai kehendak.

  • Suami menuruti semua permintaan bapanya, termasuk membeli barang rumah dan memberi wang, walaupun mereka hanya tinggal RM400 selepas gaji.

  • Wanita itu terkilan kerana susu dan lampin anak belum dibeli, tapi suami tetap beri RM300 kepada bapanya tanpa fikir panjang.

  • Netizen simpati dan faham situasi wanita itu yang tertekan tetapi memilih untuk berdiam diri demi menjaga hubungan suami dan mentua.

  • Netizen saran wanita itu berterus terang dengan suami supaya masalah tidak dipendam dan dapat diselesaikan secara matang.

"Hari ni suami gaji. Dah bayar rumah, bil dan segala bagai beli itu ini. Tinggal RM400. Masa nak balik, bapa mentua minta duit, suami pun bagi RM300. 

"Ya Allah masa tu dalam hati terdetik, dia tak fikir ke anak bini nak makan apa? Dengan alahan teruk, susu dan lampin pakai buang anak tak beli lagi. 

"Saya diam saja, rasa macam berjauh hati. Dari tadi air mata tak berhenti mengalir. Maaflah saya tak ada tempat nak luah. Ibu dah tak ada, adik-beradik pula semua lelaki," luahnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati dan memahami situasi wanita berkenaan yang seolah-olah 'tersepit' untuk meluahkan perasaan kerana enggan hubungan suami dan mentua terjejas.

Sebahagian daripada komen netizen.

Namun mereka menyarankan supaya wanita tersebut menyuarakan rasa hati kepada suaminya agar lelaki itu lebih memahami beban yang ditanggung dan dapat bersama-sama mencari jalan penyelesaian terbaik. 

"Kena bersuara. Bila pendam rasa sesak dekat dada ni... memang boleh bertolak ansur tapi tengok pada situasi

"Kebanyakan keluarga mentua memang macam kan. Diaorang fikir semua anak dia berduit. Padahal kita je yang tahu duit anak dia ada berapa. 

"Bersuara sis! Kadang kita perlu tegas dekat laki kita... jangan pendam-pendam nanti bernanah jiwa sendiri," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain