SEORANG wanita merasakan pengorbanannya seperti sia-sia apabila suami bersikap 'gatal' dan tidak menjaga hati dan perasaannya.
Menerusi satu hantaran di Threads wanita itu berkata dia telah berkorban dengan menanggung sebahagian besar perbelanjaan keluarga, sementara suaminya hanya melunaskan bil-bil penting sahaja.
Malah dia juga sudah melakukan perubahan pada imej dan penampilan dirinya dengan melabuhkan pakaian sebagaimana diminta oleh suami sebelum ini.

Masalah dalam rumah tangga boleh terjadi sekiranya pasangan tidak setia. -Gambar hiasan
"Aku ni kau suruh pakai jubah, tudung labuh tapi bersiap lebih 15 minit sikit kena bebel. Tapi ada hati pula nak pandang orang lain? Bukan main mata kau eh.
"Bila aku 'sound' (tegur), tahu pula kau diam. Ye perempuan tu cantik, kurus keding, tudung ikat leher, baju atas pusat, seluar high waist, mekap tebal satu jam.
"Tapi aku ni kau suruh jadi muslimah sejati. Kau nak apa sebenarnya ni?" kata wanita itu yang kurang senang dengan sikap suami sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita lepas geram ‘order’ 4 aiskrim mahal! Selama ni hidup berjimat, suami disangka tak berduit kantoi belanja perempuan lain
ARTIKEL BERKAITAN: Poket makin tebal, suami mula gatal! Cikgu ini tak setuju lelaki dituduh punca rumah tangga retak, ada juga isteri biadab siap kentut depan muka
Luahan dikongsikan itu ternyata mengundang rasa kurang senang warga maya terutama golongan wanita.
Rata-ratanya memberi cadangan serta saranan kepada wanita ini agar mengutamakan kebahagiaan diri daripada hanya menurut kata pasangan.
- Wanita rasa pengorbanannya sia-sia kerana suami bersikap ‘gatal’.
- Katanya dia tanggung banyak perbelanjaan, suami cuma bayar bil penting.
- Suami suruh berpakaian sopan tapi 'usha' wanita lain berfesyen seksi.
- Netizen kecam sikap suami, nasihat wanita jaga diri dan kebahagiaan sendiri.
- Wanita tegaskan dia dah jaga penampilan, tapi tetap ada mata lain memandang.
"Sekarang ni memang ramai ya jenis biawak (biawak hidup). Hantar semula je la pada mak bapa dia.
"Memandangkan dia tak sediakan nafkah dengan betul, tak payah la dengar cakap dia dalam berpakaian selagi awak memang dah menutup aurat. Pakai je lawa-lawa baru dia takut.
"Jangan biarkan dia. Kena mula jaga diri sendiri. Pakai cantik-cantik untuk diri sendiri. Kena mula membalas semula dah, tapi tetap dengan cara sopan," komen beberapa netizen.

Antara komen netizen di Threads.
Mengulas respons tersebut, wanita itu menegaskan dirinya sudah berusaha menjaga penampilan sebaik mungkin.
"Saya dah jaga apa yang patut sis. Nak kata tak elok sangat tu tidaklah. Tapi tetap ada je kadang-kadang mata orang lain yang memandang saya.
"Tapi itu la... orang kata perkara dah halal tu yang tak 'best' kan," luahnya lagi.


