suria

Isteri anggap dapat duit STR pun tak guna! Suami beli ‘handphone’ baharu demi main ‘game’, anak bini ikat perut macam biasa

Ketua keluarga yang bertanggungjawab pasti mementingkan keperluan anak dan isteri terlebih dahulu. -Gambar hiasan

BANTUAN Sumbangan Tunai Rahmah (STR) disalurkan kerajaan bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah, khususnya untuk menampung keperluan asas keluarga.

Namun malangnya, tidak semua penerima menggunakannya dengan bijak.

Dalam satu hantaran yang tular di media sosial, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui suaminya menggunakan wang STR untuk membeli telefon bimbit baharu sedangkan dia berharap duit itu digunakan untuk membeli barang dapur.

Apa yang lebih membuatkan hatinya 'panas', telefon bimbit berkenaan dibeli semata-mata untuk bermain permainan video (games).

Sumbangan kerajaan sedikit sebanyak dapat meringankan benda rakyat. -Gambar hiasan

"Serius aku fed-up, rimas! Aku ingat dapat duit STR boleh beli barang keperluan dapur. Rupanya tidak! Suami pergi beli telefon bimbit lain buat main games. Ya Allah, aku rasa apa yang bodoh dia ni.

"Aku ni hari-hari makan nasi putih dan ikan masin je. Anak-anak aku minum susu je. Nak bagi makan nasi anak-anak dah jemu," luahnya. 

ARTIKEL BERKAITANHiba jadi saksi penerima MyKasih hampa sistem 'down', bayi kena minum susu pekat lagi - “Si ayah letak balik sebab tiada duit”

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kaki game sampai abai keluarga, ibadat... Ketagih menjadi-jadi lepas dipecat, biar isteri kerja cari duit belanja

Lebih menyedihkan, apabila dia meluahkan hasrat untuk keluar bekerja bagi membantu menambah pendapatan keluarga, suami menolak atas alasan tiada siapa yang akan menjaga anak-anak di rumah.

"Aku nak juga rasa makan macam orang lain, tapi aku mampu pendam, doa dan diam je. Kalau aku bersuara mulalah gaduh," tulisnya.

Bukan tidak pernah bersuara, namun ujarnya, tindakan sedemikian hanya memburukkan keadaan dan menambahkan tekanan mentalnya.

  • Seorang wanita kecewa suami guna wang STR beli telefon bimbit baharu untuk bermain 'game'.

  • Wanita itu mendedahkan mereka sekeluarga makan seadanya kerana kekangan kewangan.

  • Pernah bersuara kepada suami namun akan berakhir dengan pertengkaran. 

  • Wanita itu juga kecewa kerana hasratnya untuk bekerja ditolak oleh suami.

  • Netizen mengecam tindakan suami wanita tersebut yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan pentingkan diri.

"Dah lama kecewa dengan dia ni sebenarnya. Marah tak ada guna sebab dia melenting balik, ada masa dia akan psiko mental. Saya sendiri ada masalah gangguan mental (bipolar disorder). Saya hanya luahkan dengan Allah," ujarnya lagi. 

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan suami wanita tersebut yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri.

Sebahagian daripada komen netizen.

Ada juga yang menasihatkan wanita itu supaya lebih tegas dalam menyuarakan hak dan keperluannya agar tidak terus tertekan.

"Kalau macam ni punya perangai, sis kenalah bersuara.

"Cari kerja sis, ada kerja pasti ada duit. Ada duit boleh beli makanan untuk anak-anak.

"Pinjamlah dekat mak dulu bayar pengasuh, pergi cari kerja, sampai makanan pun dah kering, habis anak-anak kurang zat," demikian antara komen netizen. 

Artikel Lain