suria

Staf senior tersentak disamakan seperti kambing ketika pilih ulam, hanya mampu tahan sabar gurauan kasar budak ‘intern’

Tidak semua individu boleh menerima teguran apatah lagi ketika sedang menjamu selera. -Gambar hiasan

WAKTU makan tengah hari selalunya menjadi saat untuk berehat seketika dan menikmati hidangan dengan tenang bersama rakan sekerja.

Namun berbeza pula bagi seorang wanita ini apabila dia ditegur oleh seorang pelajar praktikal mengenai tabiat makannya sehingga membuatkan dirinya tersentak.

Menurut wanita tersebut, teguran berkenaan dilemparkan ketika dia sedang memilih ulam, yang secara tidak langsung menjadikan suasana berubah menjadi janggal.

Elakkan daripada menyentuh hal sensitif yang boleh mengguris hati terutama di tempat kerja. -Gambar hiasan

"Masa makan tengah hari, saya keluar beli makanan dengan adik-adik intern. Masa tengah ambil ulam, adik tu tegur, akak ni kambing ke? Makan sayur-sayur tu macam kambing. 

"Ye, saya memang tak akan tegur awak on the spot (secara terus) dik. Tapi awak dah tunjuk adab yang sangat kurang sopan dan cerdik. 

"Walaupun awak cakap dengan nada lembut... ayat awak tu kasar dik," luah wanita itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Staf ‘intern’ tersilap beramah mesra, tanya soalan kurang cerdik kepada akak senior belum jumpa jodoh

ARTIKEL BERKAITAN: Budak ‘intern’ balik tanya mak, tak faham senior pejabat sembang guna kiasan makanan... Rasa jijik rupanya cerita alat sulit!

Menurutnya, walaupun tidak mengetahui niat sebenar kata-kata pelajar praktikal tersebut, namun dia berpendapat setiap individu perlu menjaga adab ketika berbual tanpa mengira dengan siapa sekalipun, lebih-lebih lagi dengan individu lebih berusia. 

"Tak kira bercakap dengan yang lebih tua, sebaya atau lebih muda dari kita adab kena jaga.

"Cuba bayangkan, makanan yang kita suka makan, tapi orang perlekehkan macam tu," katanya lagi.

  • Wanita ditegur pelajar praktikal ketika memilih ulam waktu makan tengah hari.
  • Pelajar praktikal tersebut menyindir dengan menggelarnya 'kambing' kerana gemar memakan makan sayur dan ulam.
  • Wanita tersebut menganggap teguran sedemikian kasar walaupun nadanya lembut.
  • Perkongsian berkenaan mengundang reaksi pelbagai daripada netizen, dengan ada yang berkongsi situasi serupa.
  • Namun ada yang berpandangan setiap individu wajar menjaga adab ketika berbual dengan sesiapa sekali pun.

Perkongsian tersebut mengundang perhatian warga yang tampil memberikan reaksi yang pelbagai. 

Ada daripada mereka turut berkongsi pengalaman hampir serupa apabila disindir hanya kerana gemar makan sayur dan ulam-ulaman.

"Saya pun pernah kena ya sebab saya penggemar sayur dan ulaman. Si dia cakap acah diet tapi gemuk juga.

"Entah la, mereka macam nak cuba mesra, bergurau tapi tak reti pilih ayat yang elok. Kalau beritahu pun mungkin dia tak rasa (perkataan) dia tu biadab.

Beberapa komen netizen pada hantaran asal.

Namun ada yang berpendapat, wanita tersebut sewajarnya menegur kembali pelajar praktikal berkenaan agar dia tidak mengulanginya selepas ini kerana ia perbuatan kurang sopan. 

"Tak perlu sentap sangat dik dengan budak-budak. Kadang dia anggap semua orang sebaya. Tugas kita yang senior ni mendidik. Kalau kita tak tegur, dia tak tahu silap dekat mana.

"Mungkin dengan teguran kita lepas ni dia jadi beringat, apa yang dia buat tu salah dan tak sopan," komen beberapa netizen.

 

Artikel Lain