KITA pasti biasa mendengar perkongsian kisah mengenai ah long dan taktik mereka menekan peminjam yang gagal melunaskan hutang.
Biasanya, individu terdekat seperti ahli keluarga atau rakan rapat yang mendapat 'tempias'.
Namun, berbeza pula dengan kisah yang dikongsikan oleh wanita ini mengenai tindakan 'luar biasa' seorang individu yang meminjam wang daripada ceti haram dan meletakkan nama rakan sepejabat sebagai nombor kecemasan untuk dihubungi.

Kadar faedah yang tinggi serta ancaman berterusan daripada ah long sering membuatkan peminjam hidup dalam tekanan. -Gambar hiasan
"Kau pinjam ah long, lepas tu kau letak butiran dan maklumat rakan sepejabat kau sebagai emergency contact (nombor kecemasan).
"Rakan sepejabat yang kau tak rapat pula tu. Baru kenal kurang dari tiga bulan," tulisnya menerusi satu hantaran di Threads.
Apa yang lebih menambahkan rasa geram, wanita itu berkata individu terbabit didakwa menyekat semua kenalan termasuk rakan sepejabat yang menjadi mangsa, selepas berhenti kerja.
ARTIKEL BERKAITAN: Setuju pinjam RM1,000 tapi hanya RM100 masuk akaun! Pemuda cuba jejak ah long, baru sedar kena tipu - “Fikir nak mati je”
ARTIKEL BERKAITAN: Anak balik cuti semester tanggung bala diugut ah long! Bapa 'lari' lepas bagi maklumat ahli keluarga
Tindakan itu menyebabkan ah long mencari rakan sepejabat yang tidak tahu menahu mengenai pinjaman wang individu tersebut.
"Lepas kau tak bayar hutang, ah long cari officemate kau tu. Wey, ini pertama kali dengar kes macam ni. Gila!" kongsinya.
- Seorang individu membuat pinjaman daripada ah long tapi guna nama rakan sepejabat sebagai nombor kecemasan.
- Mangsa dan peminjam baru tiga bulan kenal dan bekerja bersama.
- Apabila berhenti kerja, peminjam 'block' semua kenalan dan hilang tanpa melangsaikan hutang.
- Ah long bertindak mengganggu rakan sepejabat sehingga membuatkannya tertekan.
- Ramai netizen turut berkongsi pengalaman sama yang dialami diri sendiri mahupun kenalan.
Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya, dengan rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa.
Malah ramai yang turut berkongsi pengalaman sendiri dan kenalan mereka yang pernah berdepan situasi hampir sama sebelum ini.

Komen netizen di media sosial.
"Rakan serumah saya pernah letak nama lagi tiga penyewa dekat ah long. Kakak tu ada anak kurang upaya (OKU) tapi memang kurang ajar betul perangai buat macam tu.
"Cikgu tuisyen anak saya pernah kena. Kesian dengar cerita dia, rasa tak selamat nak pergi mana-mana. Hampir setahun nak settle. Polis cari peminjam tu sampai jumpa.
"Aku pernah kena macam ni. Padahal bukan kenal pun bekas pekerja tu. Tiba-tiba ah long hubungi dan ugut bayarkan hutang dia," komen beberapa netizen.


