suria

Di bandar 'free hair', gaya hidup 'liar'... Balik kampung bertudung! Lelaki anggap kekasih tak sedar diri letak hantaran 19K

Lelaki yang baik dan bertanggungjawab akan membimbing isterinya memperbaiki diri. -Gambar hiasan

NILAI hantaran untuk perkahwinan biasanya akan ditetapkan oleh keluarga pengantin perempuan.

Di Threads, seorang pemuda meraih perhatian selepas berkongsi kisah bekas kekasihnya yang meminta hantaran RM19,000.

Menurutnya, dia tiada masalah dengan nilai yang diminta, namun menganggapnya tidak realistik dengan gaya hidup bebas wanita itu.

KHALWAY POSED PHOTO...

Sejarah hitam seseorang wanita akan menyebabkan dia dipandang rendah oleh lelaki. -Gambar hiasan

"Kadang-kadang kau tak boleh percaya sangat permintaan wanita zaman sekarang.

"Saya ada seorang bekas kekasih yang beritahu dia nak hantaran sekurang-kurangnya RM19,000.

"Nilai hantaran bukanlah isu, aku okay je. Tapi bila tengok balik gaya hidup, dia dah la minum," tulisnya.

  • Lelaki buka cerita tentang bekas teman wanitanya.
  • Dia mendakwa wanita itu minta hantaran RM19,000.
  • Dia beranggapan nilai itu tidak realistik.
  • Dia mendakwa wanita itu terlibat aktiviti tidak bermoral.
  • Netizen kongsi nilai hantaran ahli keluarga mereka.

Menurutnya lagi, wanita itu juga sering berlakon baik apabila pulang berjumpa keluarga di kampung halamannya.

Selain membuka aurat dengan tidak bertudung ketika berjauhan daripada keluarga, dia mendakwa wanita itu juga terlibat dengan aktiviti maksiat.

"Dekat kampung berhijab tapi dekat bandar buka, pernah ada 'friend with benefit' (FWB). Lepas tu, masih lagi berkawan dengan orang tu.

ARTIKEL BERKAITAN: Demi tebus barang kemas di kedai pajak, bakal mentua ‘cekau’ RM8,000 wang hantaran anak… Pemuda terus bersemuka!

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas gigih kumpul 20K wang hantaran, mentua desak buat ‘loan’ pula! Kalau enggan, anak menantu dilarang balik kampung

"Nak lelaki setia tapi dia sendiri kantoi curang. Aku rasa sesetengah orang terlampau delusional dan mereka terlebih anggar kemampuan diri," tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa netizen dilihat bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan lelaki itu.

Malah, netizen turut berkongsi nilai hantaran ahli keluarga mereka yang lebih rendah walaupun berkelayakan tinggi.

Ada lelaki sanggup berbelanja besar untuk bakal pasangan mereka. -Gambar hiasan

"Adik saya kahwin dengan doktor, anak pegawai tinggi kerajaan hantaran RM10,000. Adik bongsu kahwin pelajar PhD Undang-Undang hantaran RM6,000. Baru ni adik kahwin cikgu, hantaran RM6,000.

"Belajar sedar diri dulu sebelum letak harga. Lelaki tak kisah pendidikan perempuan, adab dan agama saja dah cukup untuk lelaki.

"Sebab itu lelaki baik kena buat pilihan bijak. Jangan mudah tergoda dengan penampilan, lepas tu harap boleh ubah perempuan lepas kahwin," tulis beberapa netizen.

 

 

Artikel Lain