suria

Dah 'overstay' di Malaysia, ibu masih degil 'simpan' rakan TikTok dari Indonesia di rumah! Tak 'makan' nasihat suami, anak-anak

Orang tua juga mudah terpedaya dengan paparan di media sosial. -Gambar hiasan

SEORANG wanita meluahkan rasa buntu apabila ibunya dilihat terlalu rapat dengan kenalan dari Indonesia sehingga menimbulkan kerisauan dalam kalangan keluarga.

Lebih membimbangkan apabila wanita yang datang ke Malaysia sebagai pelancong sekitar Mei lalu itu kini menetap secara 'haram' dan percuma di rumah ibunya.

Ibunya ada memberitahu perancangannya untuk membantu rakan baharunya itu untuk mendapatkan visa pekerja, kerana mereka berdua ingin menjalankan perniagaan bersama. 

Ramai yang gemar menjadikan warga Indonesia sebagai tukang masak. -Gambar hiasan

Ramai rakyat tempatan gemar mengupah warga Indonesia sebagai pekerja. -Gambar hiasan

Namun, modal yang digunakan adalah sepenuhnya daripada wang simpanan ibu sendiri.

“Kitaorang tak setuju sebenarnya sebab entah siapa-siapa orang (wanita Indonesia) tu, kenal pun melalui TikTok. 

“Dah la macam belangkas. Pergi mana-mana pun berdua, dah macam tak ada suami pula mak saya tu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rakan gaduh dengan suami selalu minta tolong, wanita bujang hati kering tak jawab 'call' - “Nanti berbaik, kau pula dikata jahat”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dianiaya 3 rakan di Bali, wang belanja RM1,000 habis dikikis! Paling sakit hati bagi alasan tak bawa beg duit

“Kitaorang dah suarakan yang bahaya 'simpan' orang tu, kalau tak dapat visa pekerja macam mana,” dia meluahkan kebimbangan di laman Threads. 

Menurut wanita ini, perkara yang paling membimbangkan mereka sekeluarga adalah jika ibunya juga akan terpalit dengan kesalahan rakannya itu yang sudah tamat tempoh berada di Malaysia.

"Kami adik-beradik memang tak setuju. Kami risaukan keselamatan mak dan juga isu undang-undang," kata wanita ini lagi.

  • Seorang wanita bimbang seorang kenalan ibunya dari Indonesia tinggal secara haram dan percuma di rumah mereka sejak Mei.
  • Ibu terlalu percaya dan ingin bantu urus visa pekerja serta melabur wang simpanan untuk berniaga bersama.
  • Suami dan anak-anak tidak setuju kerana risau keselamatan, ditipu dan risiko undang-undang.
  • Bimbang ibu jadi mangsa jenayah kerana hanya tinggal berdua dengan bapa.
  • Netizen beri amaran dan syak ibu kena pukau, cadang hubungi Imigresen segera.

Pada masa sama, dia turut meluahkan kebimbangan jika rakan ibunya berniat jahat termasuk membawa lari barang-barang berharga yang ada di rumah mereka. 

Tambahan pula, ibu hanya tinggal berdua dengan bapanya di kampung halaman.

"Jangan kaitkan bapa saya sebab memang 'tak jalan', siapa- siapa pun cakap ada je benda mak saya menjawab.

"So macam mana? Kitaorang patut reda dan doakan yang baik-baik atau cuba 'cantas' lagi 'misi' (berniaga) mereka dan hantar balik kenalan tu ke Indonesia semula?" dia meminta pandangan warga maya.

Warga maya berkongsi langkah yang boleh dilakukan bagi menyelesaikan masalah dialami.

Warga maya berkongsi langkah yang boleh dilakukan bagi menyelesaikan masalah dialami.

Kebimbangan yang disuarakannya itu mendapat perhatian netizen, dengan ramai yang menyatakan kemungkinan ibunya sudah dipukau kerana dilihat seolah-olah menuruti segala percakapan kenalan Indonesia itu.

Tidak kurang juga yang memberi beberapa cadangan dan nasihat untuknya membantu menyelesaikan masalah yang dialami.

"Risau mak kena pukau dengan kenalan Indonesia tu sebab macam rela buat segalanya kan?

"Empat bulan dah 'lebih tinggal', panggil je Imigresen datang rumah... mesti kena angkut.

"Mak awak boleh kena tindakan undang-undang, melindungi warga asing tanpa dokumen yang sah dan tak ada visa untuk berniaga," demikian antara reaksi warga maya.

Artikel Lain