suria

Hari pertama dah ajak kahwin, esok tanya saiz coli pula! Wanita angkat kaki, menyesal kenal lelaki ada rupa tapi tak senonoh

Elakkan daripada bertanya soalan peribadi dalam tempoh berkenalan. -Gambar hiasan

PADA zaman sekarang, proses perkenalan boleh menjadi satu pengalaman yang janggal, apatah lagi apabila individu yang baru dikenali sudah berani mengajak untuk berkahwin.

Itulah situasi kurang menyenangkan yang dialami seorang wanita apabila mendakwa lelaki baru dikenalinya bersikap terlalu 'berani' dan melampaui batas.

Berkongsi cerita menerusi satu hantaran di laman sosial, wanita itu berkata, ketika mula berkenalan, dia tidak menyimpan rasa curiga apatah lagi lelaki berkenaan dikategorikan mempunyai rupa paras yang elok.

Setiap pasangan pastinya mengimpikan hubungan mereka berakhir hingga ke alam perkahwinan. -Gambar hiasan

"Pernah tak dalam fasa nak kenal-kenal dia nak ajak kahwin. Hari pertama kenal. Not bad (rupa), helok (elok). Kelakar dan rajin melayan sembang.

"Okay la baru nak saling mengenali antara satu sama lain. Tiba-tiba hari kedua tanya saiz bra. Apa lagi, skill 'palau' saya pun keluar," ujarnya sambil menambah, lelaki berkenaan mula menegurnya menerusi mesej peribadi (DM).

ARTIKEL BERKAITAN: Anak baru kahwin serba salah dengan suami... Ibu suka berkemban, tak pakai coli di rumah! Susah nak tegur sebab dah selesa, terbiasa

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki tergamam, isteri jumpa coli hitam dalam kereta! Tak fikir panjang, terus syak wanita mabuk dari kelab malam

Namun selepas tidak dilayan, lelaki itu menuduhnya bersikap materialistik dan mementingkan duit. 

"Bila tegur perangai jangan nak pelik-pelik sangat, dah dia tuduh orang tak nak dia sebab tak ada duit.

"Lah mat, orang kalau nak cari kaya, awak tak akan sampai ke tahap talking phase pun. Sudahlah, malaslah," katanya lagi.

  • Seorang wanita berasa janggal apabila lelaki yang baru dikenalinya sehari sudah berani mengajaknya berkahwin.
  • Pada hari kedua, lelaki itu bertindak melampau dengan bertanya saiz coli, menyebabkan wanita tersebut terus menjauhkan diri.
  • Tidak berpuas hati, lelaki itu menuduh wanita berkenaan enggan melayan kerana dirinya tidak berharta.
  • Wanita menegaskan isu sebenar bukan tentang kewangan, sebaliknya sikap lelaki itu yang tidak beradab sejak awal perkenalan.
  • Rata-rata netizen menyokong tindakan dan berkongsi pengalaman sama berdepan lelaki berperangai pelik.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersetuju dengan tindakannya.

Malah ada juga yang berkongsi pengalaman hampir serupa dan mengambil langkah untuk menjauhkan diri.

 

Komen netizen pada hantaran asal.

"Alamak sis bukan salah awak. Sesetengah lelaki tak boleh kawal diri sendiri. Tak semua tapi kebanyakan mereka macam tu.

"Cakap dekat dia, orang tak nak bukan sebab kau miskin tapi kau punya adab tak ada. Baru kenal dah tanya saiz bra. Bodoh ke?

"Alih-alih perempuan juga dituduh kaki kikis kan? Berani betul mereka ni, padahal lelaki yang hari pertama kenal dah cuba pegang tangan. Bagi saya, sentuhan fizikal tu tak boleh, lagi la soalan pelik macam ni. Memang 'blacklist'," komen beberapa netizen.

Artikel Lain