TEGURAN mengenai penampilan atau solekan sememangnya boleh membuatkan wanita terasa hati, lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan di tempat terbuka.
Seorang guru berkongsi kisah dirinya yang ditegur seorang pelajar lelaki dengan menyatakan solekannya terlalu tebal sehingga kelihatan seperti pondan.
"Masuk makmal terus ada pelajar lelaki tegur teacher, awak pakai mekap tebal sangat (berlebihan). Jadi saya tanya dia adakah ia ini menganggu awak?

Guru perlu bersedia dengan setiap tindakan atau kata-kata pelajar. -Gambar hiasan
"Katanya tidak, cuma nampak 'fake' (palsu) macam pondan," guru itu menceritakan semula kejadian yang berlaku dalam kelasnya, menerusi laman Threads.
Walaupun berasa terkilan dan terasa hati, dia tetap membalas kata-kata pelajar tingkatan dua itu dengan tenang tanpa melenting atau menyinggung perasaan sesiapa.
"Terkedu... Saya punya la nak cepat lepas solat terus pakai 'cushion', 'blusher' dan lukis kening serta lipstik.
"Saya balas, biarlah fake asalkan tak menyakitkan hati sesiapa. Pelajar tu pun senyap," imbas guru itu lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu tunggu masa nak berhenti, mental ‘koyak’ urus murid biadab... Sudahlah malas, buat salah tapi pandai menjawab!
ARTIKEL BERKAITAN: Cara cikgu ini ‘hukum’ murid biadab dapat sokongan, tak perlu tengking… Dulu letak kaki atas meja, sekarang menangis mohon maaf
Tidak lama kemudian, guru berkenaan menegaskan bahawa dirinya sudah tidak terasa hati atau marah dengan kata-kata pelajar tersebut.
"Saya dah okay sekarang. Terima kasih semua yang memberikan saya semangat dan nasihat. Hari ni mekap 'look rockstar' okay mungkin. Gurau je," katanya.
Bercerita lanjut, katanya, selepas kelas berakhir dia sempat mengambil gambar selfie untuk memastikan sama ada solekannya benar-benar kelihatan tebal dan keterlaluan.
- Seorang guru ditegur pelajar kerana dianggap memakai solekan terlalu tebal.
- Walau terkilan, dia membalas dengan tenang tanpa melenting.
- Guru itu menegaskan dirinya kini tidak lagi terasa dengan kata-kata pelajar.
- Selepas kelas, dia sempat menilai sendiri solekannya melalui gambar yang diambil sendiri.
- Netizen cadang mencuba gaya solekan lebih minimal.
"Lepas je habis kelas dengan budak tu saya terus selfie nak tengok betul ke solekan terlampau dan macam pondan yang dia cakap tu?
"Bahagian mata pun saya tak mekap. Lantak la awak situ. Esok saya pakai concealer, contour, eyeshadow. Kau sabar kejap," ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, ada warga maya memberikan cadangan supaya guru itu mencuba gaya solekan lebih minimal.

Antara komen netizen.
"Sis cuba mekap no make up look. Saya rasa budak dah biasa tengok kawan-kawan perempuan muka bare face (tanpa mekap).
"Jadi bila nampak perempuan dewasa dengan mekap dia rasa keterlaluan. Budak pula jenis melebih-lebih bila bagi komen (kritikan).
"Saya pernah kena juga. Budak darjah satu kata dekat anak saya 'mak awak hodoh'. Dia belum kenal lagi jerawat batu," netizen memberi komen.
Dalam pada itu, ada juga yang memandang serius kelancangan kata-kata pelajar itu yang selamba menegur guru di dalam kelas.
"Budak-budak sekarang memang kurang ajar atau pelajar tu je yang macam tu?
Biadabnya! Tolong maklumkan ibu bapanya, perkara macam ni tak boleh diterima. Kalau anak I siap dia, saya tak toleransi kebiadaban macam ni.
"Ni jenis pelajar yang anggap cikgu macam kawan. Nak gurau dengan cikgu ada had dan tempatnya. Apa budak ni buat sangat kurang ajar," antara komen netizen.


