ALANGKAH hancurnya hati seorang suami apabila mengetahui isteri yang dikahwininya lebih sedekad lalu bermain kayu tiga di saat dirinya bertungkus lumus mencari rezeki.
Lebih perit, wanita tersebut tergamak mengikat tali pertunangan dengan lelaki lain biarpun masih bergelar isteri orang!
Luahan lelaki tersebut dikongsikan oleh seorang individu di laman sosial, dipercayai peguam, untuk dijadikan pengajaran buat pasangan lain.
Dia turut memuat naik video rakaman skrin (screen record) mesej kiriman lelaki berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp, yang meminta pandangan berhubung situasi rumah tangganya.

Curang dalam hubungan bukan saja melukakan hati pasangan, malah meninggalkan parut yang sukar untuk sembuh. -Gambar hiasan
"Assalamualaikum sis, saya nak minta pendapat sikit boleh? Berkenaan isteri saya. Saya dapat tahu yang isteri saya dah bertunang dengan lelaki lain.
"Saya ni kerja kapal, balik enam bulan sekali. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Saya penat-penat cari duit untuk dia, macam ni dia balas dekat saya.
"Sebenarnya, boleh ke seorang isteri bertunang dengan lelaki lain?" demikian mesej permulaan yang dikirim lelaki berkenaan.
Membalas pertanyaan itu, peguam tersebut berkata bahawa haram hukumnya seorang wanita berstatus isteri orang menjalin hubungan dengan individu lain.
ARTIKEL BERKAITAN: “Segala make up, foundation semua aku bagi!” - Suami kecewa isteri menggatal dengan penganggur, bercinta dalam Mobile Legends
ARTIKEL BERKAITAN: Mimpi isteri curang, suami terbawa-bawa sampai alam nyata! Semua perkara nak kaitkan dengan ‘lelaki lain’
Lelaki berkenaan juga mendakwa, 'tunang' kepada isterinya mengetahui status wanita tersebut namun berkeras mahu meneruskan hubungan.
"Dia tahu tapi dia tak kisah. Siap suruh ceraikan isteri saya lagi ada lah," ujarnya sambil menambah, dia dan isterinya dikurniakan tiga cahaya mata sepanjang 12 tahun usia perkahwinan.
Berkongsi lebih lanjut, lelaki berkenaan berkata keluarga mentuanya mengetahui apa yang berlaku, dan apa yang mengejutkan, mereka menggalakkan isterinya menuntut cerai kerana merasakan dirinya tidak layak menjadi menantu.
Seorang suami luluh hati selepas tahu isterinya bertunang dengan lelaki lain, walaupun masih sah bergelar isteri orang.
Dia bekerja di atas kapal dan hanya pulang setiap enam bulan.
Peguam yang berkongsi kisah sedih lelaki itu menjelaskan perbuatan isterinya itu haram di sisi agama.
Keluarga mentua lelaki itu didakwa sokong tindakan si isteri minta cerai kerana dia merupakan anak tak sah taraf.
Netizen luah rasa simpati namun ramai menasihatkan lelaki tersebut agar melepaskan isterinya.
"Sebab saya anak tak sah taraf. Mereka tak nak keturunan dari anak yang tak sah taraf.
"Saya dan isteri dah dua kali pergi kaunseling dekat pejabat agama. Tapi masih tak boleh capai kata sepakat.
"Dan isteri saya tak mengaku masa kaunseling hari tu yang dia dah bertunang dengan lelaki lain. Apa yang patut saya buat sis," luah lelaki itu lagi, sebelum video perkongsian tersebut berakhir.
Di ruangan komen, warga maya berkongsi rasa simpati terhadap lelaki berkenaan seolah-olah dapat menyelami keperitan yang ditanggungnya.

Warga maya mengecam isteri lelaki berkenaan.
Namun, ada netizen yang menasihatkan lelaki tersebut agar 'melepaskan' isterinya kerana wanita tersebut mengkhianati pernikahan mereka secara terang-terangan.
"Lepaskan sajalah, simpan pun buat sakit je.
"Bila jahil bab hukum hakam, jadilah caca marba. Nauzubillah.
"Pelik betul perempuan macam ni, berpisah je la," antara komen netizen.


