DIJEMPUT ke majlis perkahwinan seorang kawan rapat sepatutnya menjadi satu perkara yang menggembirakan.
Namun bagi wanita ini, undangan yang diterima bukan sahaja mengundang kekeliruan, malah rasa terkilan.
Dalam luahan yang dikongsikan di media sosial, dia menceritakan situasi rumit apabila dirinya dan teman lelaki, yang kebetulan merupakan bekas kekasih kepada bakal pengantin perempuan, turut menerima jemputan ke majlis tersebut.
Apa yang membuatkan dirinya tidak berpuas hati, sahabatnya itu mencanang perkara sebaliknya kepada rakan-rakan mereka yang lain.

Masa bercinta adalah fasa untuk mengenali hati budi pasangan. -Gambar hiasan
"Apa pendapat korang kalau salah seorang rakan nak kahwin tapi dia kata (sebenarnya) tak nak jemput saya dan pasangan atas alasan 'takut moody' kalau tengok saya dan my partner datang bersama.
"By the way, partner saya adalah bekas kekasihnya sebelum ini. Tapi saya bukan punca mereka putus ye. Mereka dah putus lama dan saya baru je dengan lelaki itu tahun ini," tulisnya pada hantaran berkenaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal pengantin tak tenang nak nikah! BFF baru kematian abang ‘sentap’ tengok banyak posting pasal wedding, dituduh tak sensitif
ARTIKEL BERKAITAN: Gadis tak puas bergaul dengan BFF lelaki akhirnya ‘dibuang’ tunang! Galak keluar berdua tonton ‘Blood Brothers’
Menjelaskan lebih lanjut, wanita itu berkata, bakal pengantin perempuan terlebih dahulu menghantar undangan kepada bekas teman lelakinya.
"Bekas teman lelaki itulah orang pertama yang dia jemput masa nak kawin. Keduanya, dia jemput saya juga. Kami bertiga sememangnya kawan.
"Persoalannya, kenapa jemput kalau tak nak tengok muka ex kan?
"Pada mulanya memang kitaorang cadang nak datang asing tapi bila dapat tahu yang dia cakap macam tu, rasa tak nak datang terus," tulisnya lagi.
Seorang wanita meluahkan rasa terkilan selepas menerima jemputan ke majlis kahwin kawan rapatnya, yang juga merupakan bekas kekasih kepada teman lelakinya sekarang.
Walaupun dijemput, dia berasa keliru apabila mengetahui pengantin perempuan sebenarnya tidak mahu mereka hadir kerana takut terganggu emosinya.
Wanita itu menegaskan dia bukan punca perpisahan pasangan tersebut, malah hubungan mereka bermula selepas bekas pasangan itu sudah lama putus.
Tambah mengelirukan, bekas teman lelaki dijemput terlebih dahulu, diikuti dengan wanita itu, sedangkan mereka bertiga adalah kawan.
Netizen menyarankan agar pasangan itu tidak hadir jika kehadiran mereka tidak dialu-alukan.
Di ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan pandangan dengan kebanyakannya menyarankan agar wanita tersebut dan pasangan tidak perlu hadir ke majlis itu jika tahu kehadiran mereka sebenarnya tidak dialu-alukan.
Ada yang menyifatkan undangan tersebut hanya 'ajak-ajak ayam', sekadar mengundang atas dasar formaliti atau menjaga imej, padahal dalam hati masih menyimpan rasa yang belum selesai.

Sebahagian komen netizen.
"Dia jemput sebab beradab tapi jauh di sudut hati masih sakit. Harap awak faham. Bagi saja apa-apa alasan yang awak tak boleh datang.
"Hari bahagia dia, hormat saja keputusan dia.
"Orang tak jemput, tak payah pergi. Dia nak jaga emosi dan mental dia pada hari bahagia dia, bukan masalah awak.
"Awak kahwin nanti, tak payah la juga ajak dia," demikian antara komen netizen.


