suria

Lagi isu RXZ! Jiran buat 'bengkel' di rumah sebelum himpunan, memekak 'ramp' sampai tengah malam - "Tiap hari kami menyumpah"

Ramai yang gemar mengubah ekzos standard sehingga mengganggu ketenteraman awam. -Gambar hiasan

SEORANG penduduk meluahkan rasa kecewa dan marah apabila jirannya menjadikan rumah sebagai bengkel motosikal secara haram.

Tindakan tersebut didakwa mengganggu ketenteraman awam dan menggugat keselamatan penduduk disebabkan kehadiran individu tidak dikenali yang ramai dalam satu masa.

"Jiran aku ni spesis bangang, sebulan sebelum peserta (himpunan) RXZ (di Terengganu), dia buat garaj rumah jadi bengkel motor.

Tidur anak kecil akan terganggu sekiranya terdapat gangguan bunyi. -Gambar hiasan

Tidur anak kecil akan terganggu sekiranya terdapat gangguan bunyi. -Gambar hiasan

"Segala haram jadah motor RXZ kawan-kawan dia test kat situ, memang hari-hari aku dan suami aku menyumpah diaorang semua.

"Pukul 12 tengah malam pun masih 'ramp' motor, memekak nak mampus ya, menyumpah sebab anak aku terjaga," luahnya dalam nada geram di laman Threads.

Menurut pengadu, gangguan yang dialami itu sebenarnya pernah terjadi pada tahun lepas sehingga dia membuat laporan polis.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda melampau buka bengkel besi belakang rumah! Tak peduli jiran sakit telinga, bayi tak boleh tidur bunyi bising mesin

ARTIKEL BERKAITAN: Mekanik curang terima kifarah, kaki putus akibat kemalangan... Pernah kantoi ‘servis’ staf bengkel dalam stor!

Susulan laporan itu, tiada lagi bunyi bising selama sebulan.

"Pernahlah aku lapor polis tahun lepas pasal kejadian ni, senyap terus... adalah sebulan lebih senyapnya.

"Rumah aku ni selang sebuah je dengan rumah dia, mentang-mentanglah kau tak ada anak, kau boleh memekak sampai tengah malam," tambahnya sambil menasihati jiran terbabit supaya membuka bengkel di lot kedai.

  • Rumah dijadikan bengkel motor haram, ganggu ketenteraman penduduk.
  • Bunyi bising motosikal hingga tengah malam, ganggu anak-anak tidur dan rehat keluarga.
  • Pernah buat laporan polis, tapi gangguan hanya berhenti sekejap.
  • Jiran-jiran lain tak ambil tindakan, dipercayai kerana berkawan dengan pelaku.
  • Netizen beri reaksi campur, ramai sokong tindakan tegas, minta buka bengkel di tempat sesuai.

Lebih menambah rasa geram apabila jiran-jiran di kawasan sekitar hanya 'memekakkan telinga' dan tidak memberi teguran atau membuat aduan berkaitan gangguan yang dialami.

"Aku tak tahu macam mana jiran sebelah aku ni tahan telinga, mereka tak bising pun, (mungkin) pasal satu lot ni member juga. Entahlah.

"Tak boleh ditegur agaknya, kadang tu, tengah-tengah hari rembang atau Ahad dia 'ramp'," luah pengadu ini lagi.

Warga maya turut meluahkan rasa geram.

Warga maya turut meluahkan rasa geram.

Hantaran yang dibuatnya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya sehingga ada yang menyarankan supaya dia duduk di sebuah kawasan terpencil seperti gua.

Bagaimanapun, ramai yang bersetuju dan memintanya menasihati jiran terbabit agar membuka bengkel di tempat sepatutnya.

"Kau patut duduk kat tempat macam Lembah Beringin atau kawasan gua.

"Aku pernah alami perkara sama juga, jiran kaki karaoke... kadang-kadang tengah malam dia nyanyi dan ada kawan melepak sampai pukul 2-3 pagi.

"Anak jiran saya memang buat bengkel belakang rumah, tengah azan Maghrib pun nak 'ramp'," demikian antara reaksi warga maya.

Artikel Lain