PERGAULAN tanpa batas di tempat kerja boleh menjadi punca berlakunya hubungan terlarang.
Di Thread, seorang wanita turut berkongsi kisah skandal yang berlaku di tempat kerja lamanya.
Dakwa wanita itu, seorang jurujual berbangsa Cina sering melakukan perbuatan terkutuk dengan beberapa lelaki Melayu.

Setiap pekerja perlu menjaga batas pergaulan, apatah lagi jika mereka sudah berkahwin. -Gambar hiasan
"Nak kongsi cerita sikit. Masa bujang dulu, saya kerja syarikat servis kereta.
"Jadi ada seorang perempuan, penasihat jualan berbangsa Cina, memang selera dia lelaki Melayu.
"Siapa je tak terjerat? Yang lelaki biasalah nak test power masing-masing. Amoi pula cantik dan putih," tulisnya.
- Wanita dedah banyak skandal berlaku di tempat kerja lamanya.
- Beberapa pekerja lelaki Melayu jalin hubungan dengan jurujual Cina.
- Seorang mekanik berstatus suami turut terlibat.
- Mekanik itu kemudian terlibat kemalangan sehingga putus kaki.
- Wanita itu anggap mekanik berkenaan terima balasan kerana aniaya isteri.
Dalam beberapa lelaki yang terlibat, dia berkata salah seorang daripada mereka kini hidup menderita kerana menganiaya isterinya.
"Ada seorang mekanik ni, beberapa kali dah kantoi bermesraan dekat tingkat atas. Tingkat atas tu memang dibuat stor dan jarang-jarang orang naik.
"Agaknya dah selalu aniaya bini, sekali dia kemalangan putus kaki. Sekarang ni bini yang bela. Yang perempuan Cina tu tetap menjalani kehidupan seperti biasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Jarang ‘bersama’, merungut isteri gemuk... Tiba-tiba kantoi beli alat besarkan kemaluan! Wanita syak abang ipar curang
ARTIKEL BERKAITAN: Terbongkar suami sendiri pun curang lepas kecoh kes 'abang wiring'! Nombor telefon 'Bengkel' rupanya skandal pasangan
"Lelaki Melayu kat situ ada beberapa orang termasuklah kekasih saya yang kini dah jadi suami saya. Dia cerita, berapa kali naik atas, terserempak mereka buat benda tak senonoh," ceritanya lagi.
Dalam perkongsian Thread berkisar topik skandal tempat kerja itu, netizen memberi peringatan kepada mereka yang sudah berumah tangga agar menjaga batas pergaulan mereka.

Hubungan suami isteri boleh terjejas dengan kehadiran orang ketiga. -Gambar hiasan
"Inilah sebabnya orang yang dah kahwin tak patut berkawan dengan rakan sekerja yang berlainan jantina. Mula-mula kongsi masalah, lama-lama kongsi katil.
"Sebab tu dalam Islam kena jaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan, terutamanya yang dah berkahwin," tulis netizen.
Sebagai peringatan, perbuatan Zina merupakan satu dosa besar dan umat Islam perlu menjauhinya.


