IBU bapa masa kini berdepan cabaran yang jauh berbeza berbanding generasi terdahulu.
Selain mengawal penggunaan gajet, kini mereka juga perlu menapis apa yang ditonton anak-anak di internet khususnya media sosial.
Di Thread, seorang wanita mendakwa anaknya menonton video kurang bersesuaian dengan umurnya walaupun dia sudah mengambil langkah berjaga-jaga.

Kanak-kanak perlu sentiasa dipantau agar mereka tidak terdedah kepada kandungan internet yang tidak bersesuaian. -Gambar hiasan
Dalam hantarannya, wanita itu menyuarakan rasa pelik kerana anaknya masih belum pandai untuk membuat carian sendiri di platform YouTube.
"Anak aku umur lima tahun. Kantoi sejarah tontonan YouTube, dia tengok content perempuan mengandung dan perut perempuan mengandung.
"Aku baru bersalin adik dia lima bulan lepas. Mungkin dia curious. Anak aku tak sekolah lagi. Tak boleh membaca dan tak boleh menaip sendiri.
- Wanita terkejut lihat sejarah tontonan YouTube di iPad anaknya.
- Dia mendakwa anaknya menonton video wanita mengandung.
- Menurutnya, kanak-kanak berusia lima tahun itu belum pandai membaca.
- Dia hairan bagaimana kandungan berkenaan boleh muncul di YouTube.
- Ramai netizen gesa ibu bapa kawal penggunaan internet anak-anak.
"Tapi YouTube yang suggest atau YouTube boleh baca curiousity anak aku?" tulis wanita itu dalam kebingungan.
Dakwanya lagi, dia sudah menetapkan mod sekatan terhadap peranti anaknya, namun video-video kurang sesuai masih lagi dapat diakses.
"YouTube aku premium, dah set restricted mode. Ada parental control daripada iPhone aku ke iPad dia.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hampir mati masa bersalin... Suami seolah berdendam', sisih bayi dilahirkan! Anak-anak lain dilayan mesra
ARTIKEL BERKAITAN: Bayi berak malam tak tukar lampin, pagi terus hantar taska! Ibu cantik siap mekap, buntut anak tahi berkerak
"Hari ni je dia terlepas tengok YouTube sebab aku lupa nak set dekat parental app. YouTube jahat, memang nak rosakkan anak-anak," tulisnya lagi.
Perkongsian wanita itu turut menerima pelbagai maklum balas netizen, terutamanya golongan ibu yang risau dengan anak masing-masing.
Di ruangan komen, ramai yang turut berkongsi kaedah masing-masing dalam mengawal kandungan yang ditonton oleh anak mereka.
"Memang saya pun dah sekat YouTube untuk anak-anak. Naik dekat YouTube Short video tak sepatutnya. YouTube Kids pun tak selamat dah.

Segelintir kanak-kanak tidak mahu melakukan aktiviti luar rumah dan hanya terperap dalam bilik dengan gajet. -Gambar hiasan
"Sama. Anak saya umur tiga tahun tengok video macam tu. Naik kat YouTube. Dah block banyak video mengandung tu, tetap ada lagi.
"Tak payah bagi iPad atau telefon. Anak baru lima tahun. Tengok kat televisyen je.
"Sekarang anak saya seboleh-bolehnya kalau nak tengok YouTube, mesti depan mata saya," tulis beberapa netizen.


