PENGALAMAN bekerja di sebuah taska meninggalkan satu memori yang sukar dilupakan buat wanita ini.
Menurutnya dalam satu perkongsian di Thread, kejadian luar jangkaan itu berlaku ketika dia sedang bertugas seperti hari-hari biasa.
Pada pagi itu sekitar pukul 9 pagi, seorang wanita datang menghantar anaknya ke pusat asuhan, yang mana ketibaannya adalah lewat berbanding waktu biasa anak-anak asuhan dihantar.

Jadual wanita berkerjaya biasanya padat. -Gambar hiasan
Apa yang mengejutkan, sebaik tiba di taska yang tidak didedahkan lokasinya itu, wanita berkenaan selamba memaklumkan bahawa anaknya sudah membuang air besar sejak malam semalam.
"Datang-datang (si ibu) beritahu saya anak dia berak dari malam tadi lagi. Tapi tak sempat nak basuh pagi tadi sebab nak cepat," ujarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Staf taska pilih tak sorok kecuaian, mengaku tumpahkan air panas di tangan bayi! Si ibu maafkan, harap tak berulang
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita buat kira-kira kos bulanan, anggap mak ayah hantar anak ke taska orang berada! - “Kaya di mata aku bukan ada kereta besar”
Bagaimanapun, staf taska ini terkedu apabila melihat keadaan wanita berkenaan yang sempat bersiap dengan penampilan rapi serta solekan di wajah.
Apa yang berlaku membuatkan wanita ini terfikir-fikir tentang nasib si kecil yang tidur dalam keadaan tidak selesa sepanjang malam serta sikap ibunya yang tidak mementingkan kebersihan.
- Pekerja taska terkedu apabila seorang ibu menghantar anak dalam keadaan tidak bersih.
- Ibu berkenaan memaklumkan anaknya sudah membuang air besar sejak malam tadi tetapi lampin tak ditukar.
- Alasannya tak sempat nak bersihkan kerana tergesa-gesa mahu keluar, sedangkan wajahnya siap mekap.
- Wanita itu mencuci najis kering yang sukar tanggal walaupun disabun dan diberus beberapa kali.
- Perkongsian itu mengundang kemarahan netizen yang simpati dengan nasib kanak-kanak tersebut.
"Saya sampai 'speechless' tak tahu nak respon apa. Mampu tersenyum saja. Bayangkan saya basuh tahi anak dia yang dah kering tu.
"Tak tahu la berapa kali sabun tetap tak tanggal siap guna berus. Tolonglah ya, kasihankan anak tu," ujar wanita ini lagi.
Perkongsian itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya berpandangan tindakan ibu kepada kanak-kanak itu sebagai tidak wajar.
Ramai juga meluahkan rasa simpati terhadap nasib si kecil, di samping mengecam tindakan ibunya.

Antara komen netizen di media sosial.
"Kesiannya budak tu mesti tak selesa. Basuh berak 5 minit je. Tak kan la tak sempat. Dah tu dari semalam pula tu.
"Aku ingat dia datang lambat sebab nak bagitahu dia basuh berak anak dia dulu… rupanya tak. Tak faham la orang macam ni.
"Wey nak marah dan maki mak dia tapi kena sabar. Kesiannya anak dia mesti tidur pun tak selesa, buntut gatal. Apa la nasib kau dapat mak bebal," komen beberapa netizen.


