suria

Wanita simpati nasib rakan dapat ibu suka jaja aib zuriat sendiri, puji melambung anak orang lain - “Kalau dia tahu mesti sedih”

Ada ibu bapa suka membandingkan dan menceritakan keburukan anak mereka kepada orang lain. -Gambar hiasan

SETIAP institusi kekeluargaan pasti memiliki 'kelompongan' atau kelemahan.

Mengimbau kenangan zaman remaja, seorang wanita berkongsi realiti bagaimana seorang ibu tergamak mencanang aib serta memperlekehkan anak kandung sendiri di hadapan orang luar.

Peristiwa itu ternyata memberi kesan dalam kehidupannya, kerana ia melibatkan rakan yang rapat dengannya suatu ketika dahulu.

Ada remaja yang bersikap malas melakukan kerja rumah. -Gambar hiasan

"Ingat dulu masa remaja, mak kawan datang rumah dia tengok kita hidang air dan makanan, dia puji la kita. OK kembang (bangga) jap.

"Dia puji tu lepas kita dah masuk. Dia puji dekat my mom la. Lepas tu dia mula cerita anak dia malas la apa la," dia memulakan cerita di Thread.

Bagaimanapun, ibunya tidak gembira mendengar cerita-cerita buruk tersebut kerana ia melibatkan maruah dan air muka orang lain.

"Lepas dia balik, my mom cakap dia tak suka dengar mak kawan I tu dok burukkan anak dia.

"Dia kata bayangkan kalau anak dia tahu mak dia cakap buruk-buruk pasal dia depan mak kawan dia mesti dia sedih," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dapat ‘result’ teruk, ibu jaja aib anak di media sosial... Ungkit pengorbanan tidur lewat sebab mengajar, tetap tak pandai juga

ARTIKEL BERKAITAN: Bengang ibu suka paksa cuci pinggan! Tak cukup rumah sendiri, masa pergi ziarah pun diarah tugas sama

Menurut ibunya, dia tidak meminta tetamunya itu memuji anaknya berlebih-lebih tetapi cukuplah sekadar tidak menceritakan keburukannya kepada orang lain.

Justeru, berdasarkan pengalaman lalu dia membuat kesimpulan bahawa golongan ibu yang suka memperlekehkan anak sendiri dan memuji anak orang lain sememangnya wujud.

Dia berpandangan, jika ada ibu yang melabelkan anaknya sebagai pemalas, ia menunjukkan bahawa mereka tidak diajar atau dibentuk menjadi individu yang rajin sejak kecil.

"Anak malas sebab mak tak ajar ye. I rajin buat itu ini sebab mak ajar dari kecil, bukan sendiri pandai ikut instinct (gerak hati).

"Cuma kalau dah besar tu memang patut fikir sendiri la kan. Tak kan tunggu mak suruh lagi, tapi asasnya mak kena ajar anak jadi rajin, ajar anak budi bahasa," katanya.

  • Ibu kepada kawan seorang wanita berkunjung ke rumahnya.
  • Dia membandingkan anaknya dengan wanita berkenaan yang dilihat rajin buat kerja rumah.
  • Ibu wanita itu kurang senang dengan sikap tetamunya.
  • Wanita itu mendedahkan realiti sesetengah ibu bapa yang tak bersyukur dan tergamak menjaja aib anak sendiri.
  • Menurutnya, didikan ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentukan peribadi anak-anak.

Wanita itu kemudian menitipkan pesan agar masyarakat tidak mencampuri urusan rumah tangga orang lain, khususnya kemelut yang berlaku melibatkan ibu dan anak.

"Kalau isu melibatkan mak anak, sebaiknya kita orang luar ni tengok je. Jangan lebih-lebih nak kutuk.

"Hanya tuan badan yang tahu masalah mereka," katanya.

Antara komen netizen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pandangan malah ada juga menceritakan tentang ibu mereka yang berperangai serupa.

"Mak saya pun suka buruk-burukkan anak dia, tapi anak-anak orang lain dipuji. Terus saya kata, tak ada kepentingan pun nak puji anak orang.

"Bukan dia yang urus mak saya pun nanti. Baik puji dan bersyukur dengan anak sendiri je.

"Tapi orang tua mana nak dengar cakap kita, ada je yang tak kena anak-anak ni dekat mata dia. Umur dah setengah abad pun, masih nak beri nasihat," kata seorang warganet.

Seorang lagi netizen berkata ada ibu bapa yang bersikap sebegitu kerana ingin dilihat merendah diri dan tidak mengagung-agungkan anak sendiri.

"Orang tua saya macam tu, apatah lagi arwah ayah. Entahlah, cara orang tua 'kononnya' nak nampak merendah diri (humble), tapi sudahnya kita yang down dan ada masalah keyakinan diri.

"Memandangkan mak ayah saya bukan jenis 'lambung' anak, baik saya sendiri yang pertahankan diri," antara perkongsian warga Thread.

Artikel Lain