suria

Peniaga China masuk Malaysia bolot bisnes online, ramai bimbang rakyat tempatan jadi kuli di tanah air sendiri

Semakin ramai mempromosikan produk dan perkhidmatan secara dalam talian. -Gambar hiasan

SEDAR atau tidak, sektor perniagaan dalam talian kini semakin dimonopoli syarikat luar negara, khususnya China.

Meluahkan kebimbangan berhubung situasi yang berlaku, pengguna media sosial, Aifa berkata, kebanyakan pemilik syarikat terlibat akan menyewa ruang kedai atau pejabat di Malaysia.

Kaum bumiputera pula ditawarkan kerja di bahagian pencipta kandungan dan menjadi hos siaran langsung.

Kebanyakan produk dan barangan dihasilkan di China. -Gambar hiasan

Kebanyakan produk dan barangan dihasilkan di China. -Gambar hiasan

"Sekarang slowly perniagaan online dimonopoli oleh Cina Mainland (China).

"Mereka buka atau sewa pejabat di sini, gajikan staf berbangsa Cina Malaysia di bahagian pengurusan tapi jualan dan hos siaran langsung oleh Melayu," dakwa wanita ini di Thread.

Dakwanya lagi, ada syarikat menawarkan gaji rendah walaupun menggabungkan dua tugasan dalam satu jawatan, selain memerlukan pekerja bekerja sehingga enam hari seminggu.

ARTIKEL BERKAITAN: Risau nasib anak cucu... Wanita harap mat salih, golongan expatriat tak 'usik' kawasan marhaen

ARTIKEL BERKAITAN: Kilang OEM dedah banyak jenama mewah AS, Eropah dikilangkan di China... Tawar harga tak masuk akal jika buat pembelian terus

"Bulan lepas aku pergi temuduga, mereka nak bayar minima gaji dengan dua jawatan (cum) dan kerja enam hari seminggu," tambahnya.

Bagi wanita ini, trend perniagaan seperti itu akan menjadi barah dan mengakibatkan Perniagaan Kecil dan Sederhana (SME) gulung tikar.

  • Perniagaan online Malaysia dilihat semakin dikuasai syarikat China.
  • Rakyat tempatan ditawarkan tugas menjadi hos jualan secara 'live'.
  • Gaji rendah ditawarkan untuk dua kerja sekali gus.
  • Wanita bimbang SME terancam, persaingan kerja meningkat.
  • Netizen gesa kerajaan pantau.

Dakwanya lagi, persaingan akan berlaku antara warga asing dan rakyat tempatan khususnya dalam sektor buruh.

Justeru, dia berharap agar kerajaan mengambil langkah proaktif dan holistik bagi mengatasi situasi ini.

Hantaran yang dibuatnya itu menimbulkan kebimbangan ramai bahawa rakyat Malaysia bakal kehilangan lebih banyak peluang pekerjaan dan terpaksa bersaing dengan warga asing di tanah air sendiri.

Warga maya turut meluahkan kebimbangan berhubung isu ini.

Warga maya turut meluahkan kebimbangan berhubung isu ini.

"Kerajaan kita tak pantau, China Mainland banyak dah masuk ke pasaran Malaysia.

"Sekarang kilang terus menjual secara langsung dengan pelanggan, kami yang pemborong kecil-kecilan ni macam mana nak bersaing dengan harga mereka, jauh beza.

"I beli barang ni, ingatkan local brand, apabila ada masalah, I contact customer service... nombor telefon Malaysia tapi tak reti cakap Melayu!

"Dalam sektor makanan dan minuman pun, banyak sangat kedai jenama China ni," demikian antara reaksi warga maya.

Artikel Lain