suria

Staf Gen Z tak tahu diuntung! Gaji pokok RM4,000 sebulan, ada kemudahan WFH tapi tetap nak curi tulang

Cabaran utama WFH termasuk isu sambungan internet, kekangan ruang kerja, dan keperluan menjaga anak. -Gambar hiasan

KETIKA ramai bersaing untuk mendapatkan pekerjaan,terdapat pula individu yang mengambil remeh dan mensia-siakan peluang serta kepercayaan diberi majikan.

Menerusi satu hantaran di laman sosial, seorang majikan berkongsi kisah mengenai pekerjanya yang membuat onar sehingga dia mengambil keputusan untuk memecat individu tersebut.

Menurutnya, walaupun diberi kelonggaran polisi bekerja dari rumah (WFH), pekerja berkenaan mengambil kesempatan dengan kerap 'menghilangkan diri' padawaktu bekerja.

Entrepreneur of beautiful business asian young woman working online with laptop at home,Freelance woman working online sale marketing at home,Small Business Startup conceptBekerja dari rumah kini menjadi norma baharu bagi kebanyakan syarikat sejak pandemik melanda dunia. -Gambar hiasan

"Baru lepas terminateseorang staf gen Z selepas tiga warning letter. Ini sebab aku terminate dia.

"Pertama, lebih 15 kali kantoi tak available online. Alasan popular, anak buat perangai. Kedua, cuti tak inform. Apabila dah kantoi baru kata, maaf saya EL (cuti kecemasan) hari ni.

"Ketiga, lebih tiga kali tak dapat datang office apabila diperlukan. Keempat, guna laptop syarikat bagi suami pakai pergi kerja. Sampai ke sudah tak mengaku," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN:Staf Gen Z berhenti kerja selepas sehari lapor diri... Merajuk ditegur tak pandai mengira - “Dia kata kami tak mahu ajar”

ARTIKEL BERKAITAN:Calon pekerja Gen Z mungkir janji, tak muncul sesi temu duga... Paling mengejutkan siap ‘block’ bakal majikan di WhatsApp!

Tambah pengadu, selain memberi kelonggaran bekerja dari rumah, pekerja-pekerjanya turut menikmati pelbagai faedah lain antaranya gaji pokok RM4,000, sebuah laptop sertacuti bersalin untuk kakitangan wanita.

Selain itu turut diberikancuti tujuh hari bagi kakitangan lelaki apabila isteri bersalin, kenaikan gaji tahunan hingga 20 peratus dan kad pengangkutan bas myRapid.

Bukan itu sahaja,demi menjaga kebajikan kakitangan, dia kini sedang mengusahakan klinik panel untuk kemudahan perubatan.

Justeru, apa yang berlaku membuatkan pengadutertanya-tanya sama ada diaseorang majikan yang baik atau sebaliknya sehingga pekerjanya berani 'buat hal'.

  • Seorang majikan memecat pekerjanya kerana menyalahgunakan polisi bekerja dari rumah (WFH) dan gagal patuhi tanggungjawab kerja.

  • Pekerjanya sering 'hilang' waktu bekerja, tidak hadir ke pejabat bila diminta, dan guna laptop syarikat untuk kegunaan peribadi.

  • Meskipun menawarkan banyak manfaat, majikan tersebut hairan mengapa pekerjanya tergamak 'buat hal'.

  • Meskipun kecewa, dia tetap membayar gaji bulan terakhir dengan bayaran penuh.

  • Netizen sokong tindakan majikan, dan menganggap pekerja tersebut rugi dan tidak menghargai peluang kerja yang baik.

"Adakah aku yang salah? Aku cuma demand sentiasa available waktu kerja. Itu saja. Walaupun aku terminate dia, tapi gaji bulan Ogos ni aku bayar penuh.

"Adakah benefit yang aku bagi ni tak mencukupi untuk bagi motivation kerja kepada staf?

"Apa yang aku patut improve sebagai majikan? Adakah aku patut mansuhkan je polisi WFH ni?" tulisnya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya menyokong tindakan majikan tersebut dan menyifatkan beliau sebagai seorang yang cukup bertimbang rasa serta memahami keperluan pekerja moden.

Sebahagian daripada komen warga maya.

Ramai yang turut bersetuju bahawa bekas pekerjanya seorang yang rugi kerana mensia-siakan manfaat yang jarang diperoleh pada zaman sekarang, terutama dengan kemudahan dan faedah yang ditawarkan oleh majikan.

"Ruginya dia, sedangkan aku antara graduate yang underpaid. Idamkan kerja WFH, sekarang masih unemployed sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Boleh saya tahu encik company apa, saya nak apply kalau ada jawatan kosong.

"Sorry to say, lepas dah hire beberapa gen Z dalam team saya, rata-rata memang susah nak dibentuk," demikian antara komen netizen.

Artikel Lain