SEORANG wanita meluahkan rasa terkilan apabila keluarganya disindir kerana pergi bercuti selepas 70 hari kehilangan insan tersayang.
Menurut wanita itu, ada individu yang memberi teguran sinis dengan menuduh ibunya mahu berseronok meskipun anak baru sahaja meninggal dunia.
Menerusi hantaran yang dibuat di Thread, wanita itu berkata percutian itu sama sekali bukan bertujuan untuk melupakan arwah kakaknya, tetapi salah satu cara mereka sekeluarga mengubat hati yang sedang berduka.

Pergi bercuti adalah salah satu cara untuk menghilangkan tekanan. -Gambar hiasan
"Hari ni (Rabu) genap 70 hari Along (panggilan arwah kakak) pergi. Salah ke kalau kami sekeluarga pergi bercuti?
"Sebab ada mulut yang berkata dekat ibu anak baru meninggal nak pergi seronok-seronok?
"Kami pergi bukan untuk melupakan dia tapi untuk ubat lara di hati, salah ke?" kata wanita itu, terkilan.
Perkongsiannya itu ternyata mendapat pelbagai komen dan reaksi netizen.
ARTIKEL BERKAITAN: Guna cuti tahunan sebab bapa saudara meninggal, gaji kena potong! HR bagi alasan tak tunjuk sijil kematian
ARTIKEL BERKAITAN: Bercuti satu keluarga, isteri kelam kabut jaga 3 anak kecil mandi kolam renang... Suami sedap layan tidur
Rata-ratanya memahami emosi dan situasi yang perlu dilalui keluarga wanita berkenaan.
"Tak apa, cari cara anda sendiri untuk mengubati hati. Semua orang ada kaedah tersendiri. Pedulikan je orang lain dan fokus pada diri. Simpati dengan kehilangan awak.
"Kita tak boleh tutup mulut orang. Islam juga tak ajar kita terus meratapi kematian. Hanya perlu berkabung. Semoga Allah ampunkan dosa arwah dan dosa kita semua," antara komen netizen.
- Seorang wanita terkilan ibunya disindir kerana bercuti walaupun baru 70 hari kehilangan anak.
- Dia menegaskan percutian itu bukan untuk melupakan arwah kakak tetapi sebagai cara mereka sekeluarga mengubat kedukaan.
- Luahannya mendapat pelbagai reaksi netizen yang kebanyakannya memberi sokongan dan nasihat positif.
- Wanita itu pernah berkongsi kisah pada Jun lalu mengenai kehilangan kakaknya akibat kemalangan di Kuala Lumpur.
- Dia turut menegur pihak yang menenangkan ibu dengan cara tak sensitif.
Pada 21 Jun lalu, wanita ini berkongsi hantaran memaklumkan bahawa kakaknya yang dipanggil Along telah meninggal dunia selepas terbabit dalam satu kemalangan di Kuala Lumpur dua minggu sebelum itu.
Dalam perkongsian tersebut, dia meluahkan rasa terkilan apabila ada pihak cuba menenangkan ibunya dengan cara tidak sensitif, menyatakan bahawa emaknya masih mempunyai anak lain.
Bagi mereka sekeluarga, kehilangan itu tetap meninggalkan kekosongan yang tiada galang gantinya.

Komen netizen di media sosial.
"Kami baru saja kehilangan kakak kami. Ada sesetengah orang cakap dekat mak tak apa, awak masih ada anak-anak lain.
"Tidak ye semua... Kalau kami adik beradik tak ada rancangan lain, ibu saya akan angkut kami lapan beradik kalau pergi kenduri ke atau pergi mana-mana.
"Tolong la jangan cakap macam tu kalau tak pernah rasa kehilangan," tulisnya dalam hantaran tersebut.


