suria

Guna cuti tahunan sebab bapa saudara meninggal, gaji kena potong! HR bagi alasan tak tunjuk sijil kematian

Gaji dipotong tanpa sebab kukuh adalah satu tindakan menganiaya pekerja. -Gambar hiasan

SEORANG pekerja meluahkan rasa kecewa selepas mendapati gaji dipotong walaupun mengambil cuti tahunan ketika bapa saudaranya meninggal dunia.

Wanita itu menjelaskan bahawa dia mengambil cuti tahunan kerana masih mempunyai baki, juga tidak pernah mempunyai masalah kehadiran sebelum ini. 

Namun, pada hujung bulan semasa menyemak penyata pendapatan, dia mendapati gajinya dipotong sebanyak RM80.65 untuk sehari.

Setiap pekerja tertakluk dengan peraturan syarikat. -Gambar hiasanSetiap pekerja tertakluk dengan peraturan syarikat. -Gambar hiasan

"Saya call HR (sumber manusia) tanya hari apa yang saya absent sebab saya tak pernah absent.

"HR kata hari bapa saudara saya meninggal, dan saya tak tunjuk surat kematian," kongsinya di media sosial.

Wanita tersebut mendakwa, dia tidak dimaklumkan bahawa perlu mengemukakan surat kematian untuk mengambil cuti tahunan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pegawai HR naik angin dapat mesej staf bawahan beritahu nak cuti… Dituduh pandai-pandai bagi arahan

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dipotong gaji gara-gara MC 3 hari... Sijil cuti sakit klinik kerajaan tak laku, HR persoal status kesihatan staf

Tambahan pula, cuti yang diambil menggunakan kuota cuti tahunan dan bukannya cuti khas seperti cuti kematian keluarga terdekat.

"Saya tanya balik, kalau saya tunjuk bukti sekarang, boleh tak dapat balik (RM80.65)? Dia (HR) kata tak boleh sebab dia tengah cuti.

"Saya tanya, jadi memang burn ke duit saya tu? Dia kata, haah, burn. Wehhh, duit aku," luahnya.

Cuti tahunan tak perlu bukti sijil kematian bagai.

NETIZEN

Perkongsian itu mencetuskan persoalan dalam kalangan warga maya yang musykil kenapa HR bertindak memotong gajinya sedangkan wanita itu secara jelas menggunakan cuti tahunan.

"Kenapa pula nak kena tunjuk bukti sebab dah mohon cuti tu? Tak kiralah sebab kematian ke bercuti sekali pun.

Reaksi netizenReaksi netizen

"Gaji tak boleh tolak, kecuali memang tak mohon cuti atau cuti dah habis.

"Cuti tahunan tak perlu bukti sijil kematian bagai," antara komen netizen.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain