suria

Warga asing 'shopping' sakan beli 4 troli barang, bayar RM3,000 guna duit palsu - “Kita tahan, dia panggil geng”

Banyak cabaran dihadapi juruwang ketika mereka bekerja. -Gambar hiasan AI

PENGALAMAN pahit berurusan dengan warga asing menyebabkan ada kelompok rakyat Malaysia kurang senang menerima kehadiran mereka.

Di TikTok, seorang wanita mendakwa dia nyaris ditipu oleh geng kulit hitam yang membuat pembayaran dengan duit palsu.

Menurut wanita berkenaan, kumpulan itu membeli barangan sebanyak empat troli dan membuat pembayaran dengan duit tulen yang dicampur not RM50 palsu.

Penggunaan duit palsu adalah satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan AI

Penggunaan duit palsu adalah satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan 

"Dulu saya kerja juruwang. Masa nak bayar, mereka guna duit palsu. Bukan sikit ya. RM3,000 duit RM50 palsu. Bila kita tahan, dia panggil geng datang.

"Mereka beli empat troli. Mereka campur duit tulen dan palsu. Kami kalau (pelanggan) bayar tunai banyak macam tu, memang periksa setiap helaian wang.

"Masa kami periksa, mereka dah tak senang duduk. Menggelabah bising-bising cakap itu real money. Rupanya RM1,000 tulen, lagi RM3,000 palsu," ceritanya.

Mereka beli empat troli. Mereka campur duit tulen dan palsu.

BEKAS JURUWANG

Tambah wanita itu, majikan tempat dia bekerja juga terpaksa meminta bantuan Polis Diraja Malaysia (PRDM) untuk menyelesaikan kes itu.

"Polis bantuan pun tak boleh uruskan mereka. Kena hubungi polis sebenar. Dengan saya sekali ke balai kena buat laporan.

"Dah la mereka badan semua macam Hulk. Memang naya kalau tak periksa satu-satu (wang). Sebab kalau wang tak cukup, kakitangan kena ganti," ceritanya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dibayar jadi cashier, bukan isi barang” - Sikap biadab juruwang undang padah, pelanggan wanita ini balas jawapan ‘padu’

ARTIKEL BERKAITAN: Satu famili makan sampai licin pinggan, tiba di cashier merungut tak sedap! Dah dapat diskaun minta 'free dessert' pula

Seorang lagi lelaki, di ruangan komen turut berkongsi kisahnya dirinya yang mempunyai pengalaman buruk melibatkan golongan kulit hitam.

"Kenangan pernah kena order dengan geng ni. Badan sado, pick up dari Kuchai Lama hantar ke Puchong. Sampai tempat drop off, dah call banyak kali kena 'sidai'.

"Bila dia dah turun ke lobi, tak nak bayar. Aku buat keras dan gertak nak hubungi polis, baru acah nak keluar duit," tulis lelaki itu.

Selain individu kulit hitam dari Afrika, netizen berkata mereka juga kurang gemar berurusan dengan golongan Arab.

Juruwang berdepan cabaran untuk melayan pelbagai ragam pelanggan. -Gambar hiasan AI

Juruwang berdepan cabaran untuk melayan pelbagai ragam pelanggan. -Gambar hiasan AI

"Abang, bukan mereka saja. Orang Arab pun sama. Hati-hati.

"Aku pernah kena. Duit dia tak cukup, dia ajak naik ke hotel untuk ambil duit. Sekali keluar lif, ramai geng dia.

"Geng-geng paling bermasalah bagi aku. Call susah nak angkat, dah order tapi tak standby.

"Mereka ni kebanyakannya kaki kencing, kartel pun banyak," antara komen netizen.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain