SETIAP ibu pastinya dihantui perasaan risau apabila terpaksa berjauhan dengan anak yang tinggal di asrama.
Selain kebimbangan terhadap isu buli yang bagaikan tidak berpenghujung, mereka juga gusar jika anak belum cukup bersedia untuk menguruskan diri sendiri.
Di aplikasi Thread, seorang wanita turut berkongsi kisah anaknya yang kini menetap di asrama namun mengalami masalah untuk mengawal kencing.
Pelajar yang terkencing di atas tilam mungkin akan menjadi mangsa ejekan rakan-rakan. -Gambar hiasan AI
"Anak masuk sekolah berasarama penuh (SBP) tingkatan satu. Sekarang dah masuk bulan Jun. Kadang-kadang dia masih kencing malam.
"Dia malu sangat. Dia seronok je sekolah dekat situ. Tapi bila tiba-tiba kencing malam, dia tak dapat kawal," tulis wanita itu.
Tambah wanita itu, dia sendiri pernah mengalami masalah sama, namun ia terhenti ketika berusia 12 tahun.
Dia seronok je sekolah dekat situ, tapi bila tiba-tiba kencing malam dia tak dapat kawal.
IBU
Dalam hantaran sama, dia bertanya kepada warga maya sekiranya mereka mempunyai cadangan atau petua untuk masalah anaknya.
Di ruangan komen, beberapa netizen turut berkongsi kisah anak-anak mereka serta langkah yang diambil untuk mengatasi masalah tersebut.
Menurut seorang lagi wanita, dia terpaksa membawa anaknya mendapatkan rawatan kerana kerap kencing malam sehingga berusia 15 tahun.
ARTIKEL BERKAITAN: Takut tak ada kawan, rela jadi badut sekolah asrama penuh! Paling malu diperbodohkan depan pelajar perempuan
ARTIKEL BERKAITAN: Hantar anak ke asrama seawal tingkatan 1... Ramai bekas pelajar harap dapat putar masa, mahu betulkan satu perkara
"Anak perempuan saya sampai Tingkatan tiga. Saya bawa ke Klinik Kesihatan (KK), mereka rujuk ke kaunseling. Selepas beberapa sesi, dia dah berhenti.
"Sekarang umur 17. Ada masa terlepas (kencing) juga. Memang malam kurang minum air dan kencing sebelum tidur," kongsi wanita itu.
Menurut seorang lagi individu, dia membeli pelindung tilam kalis air kerana anak lelakinya kerap terkencing di atas katil.
Ibu bapa pastinya risau sekiranya anak-anak menjadi mangsa buli di asarama. -Gambar hiasan AI
"Anak saya sampai tingkatan dua kot, duduk asrama lelaki juga. Saya belikan pelindung tilam kalis air. Pakai tu dulu baru letak cadar.
"Dan saya sentiasa pesan kepadanya kencing banyak kali sebelum tidur dan jangan minum ais malam-malam.
"Sekarang dah tingkatan tiga, macam dah tak ada 'terbabas' setakat ini," tulisnya.