SEORANG pelanggan meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan pengusaha kedai makan yang enggan memulangkan baki syiling semasa urusan pembayaran.
Wanita berkenaan beranggapan peniaga tersebut sengaja enggan memulangkan baki dengan alasan tidak mempunyai syiling.
Memulakan cerita, wanita itu memaklumkan dia membungkus makanan tengah hari berharga RM12.20 dan memberikan duit berjumlah RM13.00 kepada juruwang.
Pelbagai ragam berlaku di kedai makan melibatkan pelanggan dengan peniaga. -Gambar hiasan
"Cashier tanya aku ada tak RM0.20? Aku jawab tak ada. Dia kata kitaorang memang tak pulangkan syiling.
"Aku macam eh apa maksud dia. Aku hulur RM13 sambil tanya dah tu macam mana?
"Lepas tu dia kata kejap dan kemudian bagi aku syiling 50 sen dan 20 sen," kongsi wanita itu di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Satu famili makan sampai licin pinggan, tiba di cashier merungut tak sedap! Dah dapat diskaun minta 'free dessert' pula
ARTIKEL BERKAITAN: “Peniaga pun nak buat sales!” - Pekerja kafe geram sikap pelanggan, pesan segelas air tapi lepak berjam-jam... Seronok guna WiFi percuma
Pelanggan itu kemudiannya mempersoalkan baki RM0.10 lagi, kerana amaun sepatutnya yang diterima adalah RM0.80.
"Dia kata kita tak ada syiling, sebab tu saya tanya akak ada RM0.20 ke tak?
"Aku jadi terpinga sekejap, adakah aku yang perlu cari duit syiling 20 sen untuk diberikan kepadanya? Atau aku perlu halalkan sahaja baki 10 sen itu?" katanya.
Kata wanita itu, dia sekali lagi mempersoalkan baki bayaran bernilai RM0.10 kepada pekerja terbabit.
"Kemudian, dia buka semula peti tunai dan hulurkan sekeping syiling kepada aku.
"Aku teliti duit syiling itu, aku ingat dia akan bagi RM0.20 memandangkan katanya tiada syiling 10 sen. Rupanya duit syiling itu adalah 10 sen!" katanya.
Sekarang selalu bawa syiling 10 sen dalam 10 keping.
NETIZEN
Berdepan situasi ini, dia meluahkan rasa bimbang jika amalan itu menjadi norma di mana-mana kedai yang mahu pelanggan menghalalkan baki wang kecil bernilai RM0.10.
“Aku harap sebagai pengguna, korang jangan sesekali nak senang-senang halalkan baki korang dekat kedai.
"Kedai tu dah untung banyak. Kalau nak derma sangat, pergi derma kat masjid,” tegasnya.
Reaksi warga maya.
Netizen yang membaca perkongsian itu mengakui pernah berdepan dengan situasi yang sama hingga mendorong mereka membawa syiling.
"Saya pernah kena jadi sekarang selalu bawa syiling 10 sen dalam 10 keping. Syiling tu tak berat sangat.
"Kedai kalau tak cukup duit siap ada yang bagi gula-gula, siap bagi lima sen banyak banyak.
"Tapi cuba pembeli yang tak cukup duit. Boleh tak korang bagi barang? Mesti tak kan?" soal netizen.